Prasekolah SK Jengka 11 melalui Blognya http://preschoolskj11.blogspot.com/ telah berjaya mendapat tempat ke-tiga dalam Pertandingan Blog Pembelajaran Peringkat Kebangsaan 2010 anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Sekalung tahniah dari kami warga PPD dan pendidik di Maran.
Pn Raheela, penulis blog dan juga guru Prasekolah SK Jengka 11, banyak memberi input bahan dan kreativitinya dalam persembahan blog tersebut. PPD Maran berharap, blog akan dapat menjadi satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kita juga mengharapkan usaha ini akan diteruskan dan sekolah serta guru juga disarankan menjadikan blog sebagai wardah pembacaan untuk semua. Guru juga diharap dapat menggunakan pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam memastikan pengajaran sentiasa ke hadapan seiring peredaran zaman.
Sekolah-sekolah juga disarankan agar mempunyai blognya sendiri dan prasekolah boleh menggunakan bahan prasekolah skjengka 11 atau membinanya sendiri. Semoga kejayaan ini menjadi perintis kejayaan masa akan datang dang sekolah-sekolah di daerah Maran juga dapat menbcontohi dan bergerak seiring selepas ini. Tahniah. Semoga di tahun hadapan lebih banyak sekolah daerah Maran memasuki pertandingan tersebut.
Kepada sesiapa yang ingin melayari blog Prasekolah ,sila KLIK ini.
Melihat keputusan pertandingan dan blog-blok terbaik, sila KLIK ini.