Jumaat, 24 September 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri Program Integrasi Pendidikan Khas Daerah Maran 1431H/2010M

Majlis berkenaan akan diadakan pada ;

Tarikh    : 6 Oktober 2010
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:

  1. SMK Maran
  2. SMK Jengka 2
  3. SMK Jengka Pusat
  4. SMK Tengku Ampuan Afzan
  5. SK Maran
  6. SK Serengkam
  7. SK Pesagi
  8. SK RKTP Kg Awah
  9. SK Sekara
  10. SK LKTP Jengka 15
  11. SK LKTP Jengka 9
  12. SK LKTP Jengka 17
  13. SK LKTP Jengka 22
  14. SK Bandar Pusat
  15. SK Chedong Jaya

Perhimpunan Khas Sempena Bulan Kebangsaan 2010

Kerajaan telah mengisytiharkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai agenda nasional. Kempen ini bertujuan menggalakkan semua sektor baik sektor kerajaan mahupun swasta menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini. Bagi menjayakan kempen ini, satu jawatankuasa pusat telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
     Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 telah ditetapkan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan pada peringkat kebangsaan dan negeri. Pelancaran peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdanan Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 Oktober 2010 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
     Sehubungan dengan itu, bagi mengisi kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan, semua sekolah hendaklah mengadakan satu perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan (dalam bulan Oktober). Antara cadangan aktiviti ialah;
1. Nyanyian Lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
3. Ucapan Pengetua atau Guru Besar
4. Bacaan puisi/pidato/bercerita
5. Pertandingan pidato, bacaan puisi, bercerita atau bahas sepanjang bulan Oktober

Sila rujuk laman Dewan Bahasa dan Pustaka untuk maklumat lanjut.  http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Isnin, 20 September 2010

Selamat Menghadapi UPSR 2010

Buat semua pelajar Tahun 6 dan sekolah rendah Daerah Maran, selamat menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula 21 September 2010. Diharap semua pelajar telah bersedia dan mampu menjawab dengan baik. Kita doakan agar semua pelajar memperolehi kejayaan dan Daerah Maran terus unggul yang terbaik di Negeri Pahang.

Selasa, 7 September 2010

Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 (Daerah Maran)

Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan DUN, Majlis Belia dan Agensi Kerajaan, akan mengadakan Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan 2010. Program ini akan diadakan pada;

Tarikh : 2 OKTOBER 2010
Tempat : Kem Tengku Puan Pahang, Maran
Masa : 8.00 pagi hingga 12 malam

Program ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Pertandingan Lagu Patriotik dijalankan mengikut 2 kategori iaitu:

1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Terbuka

Pada Malam itu juga akan diadakan pembacaan puisi oleh semua peserta nyanyian lagupatriotik dan para tetamu termasuklah orang ramai. Dijangka antara pemuisi yang hadir mendeklamasikan sajak mereka ialah
  • Sutung Umar R.S
  • Sani Sudin (Kopratasa)
  • S.M. Zakir
  • Roslan Madun
  • Rahimidin Zahari
  • Para Jemputan VIP
  • Ahli Persatuan dan orang ramai.
Semua sekolah di Daerah Maran diharap dapat bersedia dengan para peserta. Sokongan dan kerjasama semua amat diharapkan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun.

Untuk pertanyaan sila hubungi En Soba Rahman SK Ulu Luit/ En Ramli Yahya- PPD Maran/ En Mohd Jasmi Jaafar - PPD Maran.

Pertandingan Mencipta Lagu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pahang 2010

Diharapkan semua sekolah dapat menyertai Pertandingan ini. Selain ianya sebagai salah satu program PPDa, ia juga dapat melihat sejauhmana fungsi dan peranan Panitia Muzik di sekolah-sekolah. Guru-guru Muzik boleh mengembangkan bakat mereka selain menyahut cabaran ini. Setiap sekolah mempunyai guru muzik dan tentunya tidak sukar untuk mencipta sebuah lagu. Selain itu, guru-guru lain (bukan guru Muzik) yang berkemahiran muzik boleh tampil untuk sama-sama menyumbang bakat mereka.
            Kita mengharapkan Daerah Maran mampu tampil sebagai satu daerah pendidikan yang cemerlang. Surat arahan telah diedarkan ke sekolah bertarikh 6 September 2010

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami