Isnin, 26 Julai 2010

Singgah Sebentar : SM Teknik Pertanian Chenor, ( SKM antara bidang terbaru)

SM Teknik Pertanian Chenor merupakan sebuah sekolah berasaskan teknik dan vokasional yang menumpukan kepada pertanian dan satu-satunya sekolah pertanian di negeri Pahang. Sekolah ini telah banyak melahirkan ramai usahawan dan tenaga teknikal berkaitan bidang pertanian.

       Ramai yang tidak menyedari, sekolah ini merupakan antara sekolah yang banyak menyumbang pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan teknikal pertanian. Usaha pihak sekolah dalam memajukan potensi diri pelajar amat baik dan satu kebanggaan bagi daerah Maran sendiri. Dengan adanya kemahiran-kemahiran pertanian dan perladangan, kita percaya dapat melahgirkan ramai tenaga penting untuk kemajuan negara kita. Bidang pertanian yang luas dan cukup banyak peluang kerjaya, mampu direalisasikan oleh sekolah ini. Antara fokus kemahiran yang dilaksanakan adalah seperti pertanian, perikanan, perladangan, ternakan dan teknikal.

Tuan Haji Jamaluddin bin Abdullah, Guru Penyelaras SKM

      Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah bermula 2009, telah membuktikan peranan SMT Pertanian mampu melahirkan ramai tenaga mahir dalam bidang pertanian. SKM bukan sahaja mengambil para pelajar yang agak ketinggalan dalam akademik, tetapi mampu menjadikan pelajar ini berjaya dalam dalam bidang pertanian. Mengikut perbualan dengan Guru Penyelaras SKM, Tuan Haji Jamludin bin Abdullah, beliau berkata,"SKM menjadi alternatif kepada pelajar yang tercicir dalam akademik (PMR) untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang pertanian. Kita bersedia menerima mereka bagi memastikan mereka juga mampu berjaya terutama dalam bidang pertanian".
       Pelajar yang mengikuti SKM tidak difokuskan kepada akademik tetapi diajar dan dinilai dalam kemahiran seperti bercucuk tanam, menternak dan pengurusan pertanian. Mereka melaksanakan amali sepanjang proses pembelajaran mereka. Penilaian dibuat dengan adanya pemantauan daripada guru penilai dan diselia oleh Jabatan Teknikal dan vokasional, Kementerian Pertanian dan sebagainya. Setelah menjalani pengajian selama dua tahun, mereka akan ditawarkan menerus pengajian di sebuah Kolej di bawah SIME DURBY. Pengajian akan ditanggung oleh SIME DURBY dan akan diambil bekerja sebagai tenaga mahir terus di bawah syarikat berkenaan.

Tanaman jagung yang diusahakan oleh pelajar SKM

Tanaman nangka madu

Petola

Keledek

batas yang diusahakan


Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami