Khamis, 26 Ogos 2010

Majlis Penyerahan 'Note Book Computer' Kepada Para Pelajar Parlimen Maran'

Majlis ini akan diadakan pada :

Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari    : Isnin
Masa  : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Pekan Tajau, Maran.

Sekolah-sekolah yang menerimanya ialah:
  1. SMK Maran            211 orang
  2. SMK Maran 2           41 orang
  3. SMK Sri Jaya          190 orang
  4. SMK Cedung Jaya   198 orang
  5. SMK Seri Jengka     206 orang
  6. SMK Kg Awah        243 orang
  7. SMK TAA               293 orang
  8. SMT Pertanian            11 orang
  9. SMA Al Mahmudi         8 orang
  10. SMK Jengka 6           327 orang
JUMLAH SEMUA = 1728 orang Pelajar

'net book computer'

Pendaftaran penerima mengikut sekolah

Pelajar dan ibu bapa yang hadir


Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Zon Timur


Ucapan Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Mutalib


Guru dan pelajar


Pelajar menerima komputer


Selasa, 24 Ogos 2010

Pembayaran Bantuan KWAPM Tahun 2011 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan Yang Berdaftar Dengan eKASIH

Bagi mengelakkan berlaku pertindihan bantuan dan ketirisan dalam penyaluran bantuan, kerajaan telah menetapkan semua bantuan kepada golongan miskin perlu menggunakan sumber daripada data eKASIH. Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
pada 7 Januari 2010 telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah WAJIB menggunakkan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
     Selaras dengan keputusan tersebut, bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadikan eKASIH sebagai sumber rujukan utama dalam pemberian Bantuan Persekolahan khasnya Bantuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil 1/2010 yang telah diadakan pada 14 Mei 2010 dan dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' TKSU (Pembangunan). Kadar pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:


  1. Kategori MISKIN   

  • Tahun 1 - 6         Bantuan Am Persekolahan          Bantuan Bulanan
                                             RM 200                                  RM 250

  • Tingkatan 1/Peralihan   RM 300                                  RM 300
     
2.    Kategori MISKIN TEGAR

  • Tahun 1 - 6        Bantuan Am Persekolahan           Bantuan Bulanan
                                            RM 200                                    RM 500

  •  Tingkatan 1/Peralihan RM 300                                    RM 600

KPM akan mula membuat bayaran KWAPM untuk sesi persekolahan 2011 bermula November sehingga minggu kedua Bulan Disember 2010 bagi murid Tahun 2 hingga 6. Pembayaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pula akan dilaksanakan bermula Mac 2011. Harap maklum.

RMT : Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (untuk 2011)

RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
      Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
     Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/  Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
     Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
     Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.


eKASIH : Penyaluran bantuan pembasmian Kemiskinan

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi projek/program dan bantuan pembasmian kemiskinan. Ini bermakna, bantuan kepada pelajar miskin termasuk KWAPM dan RMT adalah merujuk kepada eKASIH.
       Mulai 2011, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diberikan kepada pelajar yang layak dan telah berdaftar dengan eKASIH. Sehubungan dengan itu, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar, bolehlah mendaftarkan diri dalam eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman WEB http://www.ekasih.gov.my/ . Pihak sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem eKASIH ini.
     Untuk makluman, Sistem eKASIH ini ialah Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang akan memantau dan mengesahkan pemohon dikategori miskin atau miskin tegar sahaja. Sila dapatkan bantuan dan pengesahan daripada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung masing-masing.

Khamis, 19 Ogos 2010

Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik Pahang Darul Makmur Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan menganjurkan pertandingan tersebut sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Negeri Pahang dan penyertaan adalah percuma.
      Murid-murid dan guru-guru digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah 20 September 2010. Penghantaran adalah bebertuk CD dan hendaklah dialamatkan kepada:

Kumpulan Kesenian Negeri Pahang,
Tingkat 2, Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota,
25200 KUANTAN.

      Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Rabiulawal bin A.Anuar di talian 013-9360301

Pertandingan Projek Kempen BOH Sinar Harapan Orang Hutan 'New Hope Orang Utan" 2010

 Kementerian Pelajaran Malaysia dengan usahasama pihak BOH dan Ch-9 Media Sdn Bhd akan meneruskan penganjuran Pertandingan Projek Kempen BOH Sinar Harapan Orang Utan pada tahun ini. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah berumur di antara 13 hingga 17 tahun.
       Untuk maklumat berkaitan pertandingan tersebut boleh hubungi pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia, Noorzalina binti Zainal Abidin di talian 03-8884 9394 atau wakil penganjur En Asraf bin Abdul Rahman di talian 012-474 4447 atau 03- 7952 7999.
      Sila layari laman "New Hope For Orang Utan"

Rabu, 18 Ogos 2010

Temuduga Gred 32 PPPLD

Temuduga bagi guru-guru Gred 32 KUP diadakan di PPD Maran mulai hari Selasa (16 Ogos 2010) hingga Jumaat (20 Ogos 2010). Temuduga ini bagi melengkapkan arahan perkhidmatan untuk memastikan guru-guru ini layak untuk Gred 32 hakiki. Guru-guru yang layak akan ditawarkan pula perjawatan mengikut arahan perkhidmatan oleh kementerian. Lebih 200 orang guru terlibat dalam sesi temuduga tersebut.

MARAN :Jenayah Remaja Tidak Boleh Pandang Ringan

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, statistik dan kajian pihak berkuasa  termasuk kerajaan dan NGO serta institusi pengajian tinggi menunjukkan batapa jenayah dikalangan remaja bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.
    Menurutnya, kebanyakan remaja itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang, rogol, pergaduhan dan samseng. "Walaupun kes di daerah ini tidak membimbangkan namun peningkatan kes di seluruh negara membuktikan pembabitan remaja. Bagi saya, perkembangan ini mat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah masih dianggap terkawal jika dibandingkan bilangan murid di seluruh negara", katanya ketika bersama dalam Program Anak Angkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Maran.
    Seramai 203 orang pelajar dari SMK Maran, SMK Maran 2 dan SMK cedung Jaya terlibat dalam program selama dua hari itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.

Permohonan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh KPM

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Tawaran ini hanya sah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang Berkaitan.
Permohonan Murid Tingkatan Satu (1)
Syarat Pemilihan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan sahaja.
  3. Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti Gred A)
  4. Aktif dalam kokurikulum.
Permohonan Murid ke Tingkatan Empat (4)
Syarat Pemilihan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  3. Aktif dalam kokurikulum
  4. Kelayakan Akademik PMR seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya gred A bagi enam mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/
  • Bahasa Antarabangsa. Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  • Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Prosedur Permohonan Murid Tingkatan 1 dan 4

  1. Murid membuat permohonan secara online Melalui Web KPM http://www.moe.gov.my/ 
  2. Murid membuat cetakan satu salinan permohonan.
  3. Murid menyerahkan salinan permohonan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah-sekolah masing-masing.
  4. Bagi Murid Tingkatan Satu, sila hantar salinan kedua kepada Pengetua SBP mengikut pilihan.
TARIKH PERMOHONAN MULAI
I SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2010

Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS)

Pihak ASTRO telah menawarkan Saluran 100-ASTRO TV yang bermula 18 Julai hingga 23 September 2010, khusus membantu pelajar UPSR menghadapi peperiksaan. ASTRO juga telah menambah satu Saluran ASTRO ARENA - 801 ke sekolah-sekolah kerajaan di bawah Projek KABKS. Diharapkan semua sekolah dapat menggunakan saluran-saluran ini bagi kemudahan dan p&p pelajar.

Isnin, 16 Ogos 2010

Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 53 Tahun 2010 Dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Maran

Majlis ini diadakan pada :
Tarikh : 16 Ogos 2010
Hari    : Isnin
Masa  : 5.30 petang
Tempat : Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Maran

Semua bangunan kerajaan termasuklah sekolah, hendaklah menjalankan kempen mengibar Jalur Gemilang. Ini bertujuan untuk melambangkan semangat cintakan negara dan menghayati erti kemerdekaan terutama kepada generasi muda atau para pelajar. Selain itu, sekolah-sekolah juga disarankan untuk mengalun dan menyanyikan lagu-lagu patriotik sepanjang bulan Kemerdekaan ini.

Rabu, 11 Ogos 2010

Kembara Buku terap budaya ilmu


Kita mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahya bin Zainal Abidin yang begitu prihatin dan mempunyai wawasan yang jitu dalam pembangunan pendidikan di Pahang. Beliau sendiri begitu rapat dengan buku dan sentiasa berkarya sambil mengupas pengalaman beliau sebagai seorang pendidik. Kembara Buku yang dirintis beliau cukup memberi kesan kepada pelajar dan warga sekolah.
Anda boleh melihat bagimana keprihatinan beliau dalam pembangunan pendidikan terutama di Maran.
            Lihat coretan dan pandangan beliau melalui halaman blog beliau sendiri di http://pohpalehweh.blogspot.coml/ 

            Program Kembara Buku di SK Sentosa juga menjadi pehatian beliau. Sila KLIK : book-review-sk-sentosa

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tazkirah 'Ramadan Al-Mubarak'

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Syaifuddin, Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Sebagai umat Islam, kita perlu besedia menanti Ramadhan al-Mubarak ini dengan segala amalan yang dituntut. Selain berpuasa, bertarawih, solat wajib dan sunat, kita juga dianjurkan untuk membersihkan hati budi dan pemikiran kita agar tidak terpedaya dengan nafsu.
       Semua pegawai dan kakitangan turut sama mendengar tazkirah tersebut yang berlansung di Bilik Mesyuarat PPD. Kita mengharapkan program seumpama ini diperbanyakkan dan diperhidupkan di PPD dan di seluruh sekolah Daerah Maran.


sedutan video akan dipaparkan kemudian

Pelajar kita Terbunuh Kemalangan :Empat Maut, 3 daripadanya adik-beradik.

Dua orang pelajar kita, kedua-duanya adik beradik maut bersama seorang lagi adiknya dan rakannya dalam  kemalangan selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung sebuah BMW di Kilometer 47.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka berhampiran Gading Jengka 14 - Bandar Jengka, malam kelmarin.
          Tiga yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu ialah Fatin Atikah, 16, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6. Turut maut rakan mereka, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, dari Felda Jengka 14, di sini. Seorang lagi rakan mereka, Shawal Ruddin Hambali, 19, dari Felda Jengka 14 patah paha kiri, manakala pemandu BMW berkenaan, Nor Fazidah Abd Majid, 45, dari Felda Sungai Tekam, Jerantut, cedera di pinggang dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

          Jenazah ketiga-tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 8 selepas Zuhur, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata siasatan mendapati BMW dipandu Nor Fazidah dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Kancil dinaiki anak Muhamed Falzal dan rakan mereka.

          Katanya, Fatin Atikah pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Jengka 16 maut di tempat kejadian bersama Muhammad Azlan manakala Fatin Atifah dari sekolah sama dan Muhammad Faiz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HJ.

         Takziah daripada seluruh warga PPD Maran kepada keluarga arwah.


Khamis, 5 Ogos 2010

Bengkel Penghasilan Video Klip Sekolah-sekolah Ahli PKG Bandar Maran 2010

Satu Bengkel Penghasilan Video Klip Sekolah-sekolah Ahli PKG Bandar Maran akan dijalankan pada :
Tarikh : 9 dan 10 Ogos 2010
Tempat : PKG Bandar Maran

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan guru teknik penghasilan video yang baik. Selain itu, secara tidak langsung sekolah-sekolah ini mempunyai video klip masing-masing. PPD Maran mengharapkan, program seumpama ini dapat digerakkan di semua PKG dan sekolah Daerah Maran. PKG-PKG juga disarankan agar menggerakkan sekolah dalam penghasilan blog/web sekolah masing-masing. Penggunaan ICT dan media amat diharapkan dalam menjadikan Maran sebuah Daerah Pendidikan yang cemerlang.

Rabu, 4 Ogos 2010

Gerakkan JK Panitia di sekolah

Setiap sekolah tentunya mempunyai Jawatankuasa Panitia mengikut mata pelajaran dan perlu digerakkan peranannya bagi mengoptimumkan peningkatan mutu akademik. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi merancang dan mengurus tadbir aktiviti setiap subjek mata pelajaran di sekolah. Panitia yang berkualiti, mempunyai jawatankuasa yang mantap dan seiring dengan matlamat sekolah. Setiap ahli Panitia bekerjasama meningkatkan pencapaian mata pelajaran.
       Mesyuarat Jawatankuasa Panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau sebelum dan selepas peperiksaan. Panitia-panitia utama yang melibatkan peperiksaan, perlu dominan dan bertindak aktif dalam memastikan mutu dan peningkatan akademik pelajar. Keaktifan Panitia, menentukan kemajuan mata pelajaran.
       Panitia yang bukan mata pelajaran teras seperti Panitia Kemahiran Hidup, Sivik dan kewarganegaraan, Seni Visual , Panitia Muzik dan sebagainya, perlu lebih digerakkan agar seiring dengan keperluan dan kemajuan pelajar. Fail-fail dan minit-minit mesyuarat hendaklah lengkap dan berfungsi. Pemantauan yang telah dibuat, ada kedapatan panitia-panitia ini tidak diuruskan dengan baik malah fail dan minit mesyuarat juga tidak wujud. Pihak Jemaah Nazir sentiasa memantau keadaan ini terutama Panitia-panitia Elektif. PPD Maran berharap sekolah-sekolah Daerah Maran dapat memantapkan lagi pengurusan Panitia di sekolah masing-masing.

Bertindak Mengikut Prosedur yang ditetapkan oleh KPM

PPD Maran amat mengharapkan semua sekolah di Daerah Maran sentiasa mengambilberat dan memberi perhatian kepada program dan aktiviti sekolah terutama yang melibatkan pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Ini berikutan program dan aktiviti sekolah sering dijadikan isu sensasi di kalangan masyarakat ataupun media massa sejak kebelakangan ini. Pihak sekolah diminta berhati-hati menangani segala isu atau masalah dengan merujuk prosedur Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk Pegawai PPD (yang berkaitan) jika ada masalah berkaitan prosedur bagi memastikan aktiviti dan program selari dengan kehendak KPM.
         Perancangan dan aktiviti, seeloknya dirujuk dan dimaklumkan kepada PPD. Sekiranya bermasalah, hendaklah diselesaikan dengan baik dan mengikut prosedur. Sekolah juga perlu memastikan dokumen dan perancangan lengkap. Kualiti kerja dan pengurusan hendaklah dipertingkatkan agar memberi kesan yang baik kepada pentadbiran sekolah.

Semarakkan Bulan Kemerdekaan dan Imarahkan Ramadhan

PPD Maran mengharapkan semua sekolah di Daerah Maran dapat menyemarakkan Bulan Kemerdekaan ini dengan program dan aktiviti bersifat patriotik dan menghayati kemerdekaan terutama kepada para pelajar. Seeloknya, sekolah-sekolah mengibarkan 'Jalur Gemilang' menandakan kecintaan terhadap kemerdekaan negara. Program dan aktiviti hendaklah dirancang dan disusun sebaik mungkin agar wujud suasana penghayatan kemerdekaan di kalangan warga sekolah. Lagu-lagu patriotik dinyanyikan setiap kali perhimpunan dan sebolehnya siarkan lagu-lagu patriotik ini. JPN dan PPD akan memantau perlaksanaan aktiviti Bulan Kemerdekaan ini.
      Sempena bulan Islam, Ramadhan al-Mubarak yang menjelang, pihak sekolah juga diharapkan memperbanyakkan aktiviti penghayatan Ramadhan untuk warga sekolah. Program dan aktiviti perlu dirancang dengan baik. Panitia Agama boleh memainkan peranan penting dalam menjayakan program-program ini.

Selasa, 3 Ogos 2010

Hati-hati dengan pengodam siber

Blog PPD Maran telah mula digodam oleh penjenayah siber. Penggodam ini telah memaparkan halaman yang tidak ketahui dan ada unsur yang tidak senonoh dan tidak diperlukan. Nasib baik ianya cepat dikesan pada halaman /aplikasi "Ratings and Recommendations by outbrain" . Kita mengharapkan Blog ini tidak lagi digodam dan pesanan kepada sekolah atau cikgu yang mempunyai laman blog/web percuma.

 Pesanan daripada ADMIN Blog PPDa Maran

Good School or Bad School?

"Over the years, as a reporter, I have never seen agood school with apoor principal, or apoor school with a good prinsipal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones, and regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case, the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal."

Fred M.Hechinger, President of The New York Times.

Isnin, 2 Ogos 2010

Tahniah kepada Prasekolah SK Jengka 11 kerana mendapat tempat ke-tiga dalam Pertandingan Blog Pembelajaran Peringkat Kebangsaan 2010

Prasekolah SK Jengka 11 melalui Blognya  http://preschoolskj11.blogspot.com/   telah berjaya mendapat tempat ke-tiga dalam Pertandingan Blog Pembelajaran Peringkat Kebangsaan 2010 anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Sekalung tahniah dari kami warga PPD dan pendidik di Maran.
           Pn Raheela, penulis blog dan juga guru Prasekolah SK Jengka 11, banyak memberi input  bahan dan kreativitinya dalam persembahan blog tersebut. PPD Maran berharap, blog akan dapat menjadi satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Kita juga mengharapkan usaha ini akan diteruskan dan sekolah serta guru juga disarankan menjadikan blog sebagai wardah pembacaan untuk semua. Guru juga diharap dapat menggunakan pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam memastikan pengajaran sentiasa ke hadapan seiring peredaran zaman.
            Sekolah-sekolah juga disarankan agar mempunyai blognya sendiri dan prasekolah boleh menggunakan bahan prasekolah skjengka 11 atau membinanya sendiri. Semoga kejayaan ini menjadi perintis kejayaan masa akan datang dang sekolah-sekolah di daerah Maran juga dapat menbcontohi dan bergerak seiring selepas ini. Tahniah. Semoga di tahun hadapan lebih banyak sekolah daerah Maran memasuki pertandingan tersebut.

Kepada sesiapa yang ingin melayari blog Prasekolah ,sila KLIK ini.                        
Melihat keputusan pertandingan dan blog-blok terbaik, sila KLIK ini.                

Lawatan Rasmi dan Perasmian Ladang Ternakan Rusa SM Teknik Pertanian Chenor

Program ini telah dilaksanakan pada Hari Isnin, 2 Ogos 2010 di SMT Pertanian Chenor. Ianya telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Aminuddin, ADUN Chenor. Lawatan ke unit-unit pertanian, dan perladangan telah diikuti oleh YB ADUN Chenor bersama Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Puan Samsiah bt Hj Suradin, dan juga mantan-mantan pengetua SMT Pertanian Chenor.


Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian...

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami