Rabu, 4 Ogos 2010

Gerakkan JK Panitia di sekolah

Setiap sekolah tentunya mempunyai Jawatankuasa Panitia mengikut mata pelajaran dan perlu digerakkan peranannya bagi mengoptimumkan peningkatan mutu akademik. Jawatankuasa ini diwujudkan bagi merancang dan mengurus tadbir aktiviti setiap subjek mata pelajaran di sekolah. Panitia yang berkualiti, mempunyai jawatankuasa yang mantap dan seiring dengan matlamat sekolah. Setiap ahli Panitia bekerjasama meningkatkan pencapaian mata pelajaran.
       Mesyuarat Jawatankuasa Panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun atau sebelum dan selepas peperiksaan. Panitia-panitia utama yang melibatkan peperiksaan, perlu dominan dan bertindak aktif dalam memastikan mutu dan peningkatan akademik pelajar. Keaktifan Panitia, menentukan kemajuan mata pelajaran.
       Panitia yang bukan mata pelajaran teras seperti Panitia Kemahiran Hidup, Sivik dan kewarganegaraan, Seni Visual , Panitia Muzik dan sebagainya, perlu lebih digerakkan agar seiring dengan keperluan dan kemajuan pelajar. Fail-fail dan minit-minit mesyuarat hendaklah lengkap dan berfungsi. Pemantauan yang telah dibuat, ada kedapatan panitia-panitia ini tidak diuruskan dengan baik malah fail dan minit mesyuarat juga tidak wujud. Pihak Jemaah Nazir sentiasa memantau keadaan ini terutama Panitia-panitia Elektif. PPD Maran berharap sekolah-sekolah Daerah Maran dapat memantapkan lagi pengurusan Panitia di sekolah masing-masing.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami