Selasa, 24 Ogos 2010

eKASIH : Penyaluran bantuan pembasmian Kemiskinan

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi projek/program dan bantuan pembasmian kemiskinan. Ini bermakna, bantuan kepada pelajar miskin termasuk KWAPM dan RMT adalah merujuk kepada eKASIH.
       Mulai 2011, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diberikan kepada pelajar yang layak dan telah berdaftar dengan eKASIH. Sehubungan dengan itu, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar, bolehlah mendaftarkan diri dalam eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman WEB http://www.ekasih.gov.my/ . Pihak sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem eKASIH ini.
     Untuk makluman, Sistem eKASIH ini ialah Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang akan memantau dan mengesahkan pemohon dikategori miskin atau miskin tegar sahaja. Sila dapatkan bantuan dan pengesahan daripada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung masing-masing.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami