Jumaat, 6 Ogos 2010

Pelajar kita Terbunuh Kemalangan :Empat Maut, 3 daripadanya adik-beradik.

Dua orang pelajar kita, kedua-duanya adik beradik maut bersama seorang lagi adiknya dan rakannya dalam  kemalangan selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung sebuah BMW di Kilometer 47.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka berhampiran Gading Jengka 14 - Bandar Jengka, malam kelmarin.
          Tiga yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu ialah Fatin Atikah, 16, Fatin Atifah, 15, dan Muhammad Faiz Danial, 6. Turut maut rakan mereka, Muhammad Azlan Abdul Talib, 21, dari Felda Jengka 14, di sini. Seorang lagi rakan mereka, Shawal Ruddin Hambali, 19, dari Felda Jengka 14 patah paha kiri, manakala pemandu BMW berkenaan, Nor Fazidah Abd Majid, 45, dari Felda Sungai Tekam, Jerantut, cedera di pinggang dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

          Jenazah ketiga-tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 8 selepas Zuhur, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata siasatan mendapati BMW dipandu Nor Fazidah dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Kancil dinaiki anak Muhamed Falzal dan rakan mereka.

          Katanya, Fatin Atikah pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Jengka 16 maut di tempat kejadian bersama Muhammad Azlan manakala Fatin Atifah dari sekolah sama dan Muhammad Faiz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HJ.

         Takziah daripada seluruh warga PPD Maran kepada keluarga arwah.


Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami