Selasa, 24 Ogos 2010

Pembayaran Bantuan KWAPM Tahun 2011 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan Yang Berdaftar Dengan eKASIH

Bagi mengelakkan berlaku pertindihan bantuan dan ketirisan dalam penyaluran bantuan, kerajaan telah menetapkan semua bantuan kepada golongan miskin perlu menggunakan sumber daripada data eKASIH. Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
pada 7 Januari 2010 telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah WAJIB menggunakkan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
     Selaras dengan keputusan tersebut, bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadikan eKASIH sebagai sumber rujukan utama dalam pemberian Bantuan Persekolahan khasnya Bantuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil 1/2010 yang telah diadakan pada 14 Mei 2010 dan dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' TKSU (Pembangunan). Kadar pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:


  1. Kategori MISKIN   

  • Tahun 1 - 6         Bantuan Am Persekolahan          Bantuan Bulanan
                                             RM 200                                  RM 250

  • Tingkatan 1/Peralihan   RM 300                                  RM 300
     
2.    Kategori MISKIN TEGAR

  • Tahun 1 - 6        Bantuan Am Persekolahan           Bantuan Bulanan
                                            RM 200                                    RM 500

  •  Tingkatan 1/Peralihan RM 300                                    RM 600

KPM akan mula membuat bayaran KWAPM untuk sesi persekolahan 2011 bermula November sehingga minggu kedua Bulan Disember 2010 bagi murid Tahun 2 hingga 6. Pembayaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pula akan dilaksanakan bermula Mac 2011. Harap maklum.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami