Jumaat, 9 Julai 2010

Seminar Pengurusan Kepimpinan GB dan Pengetua Daerah Maran

Seminar kali ini telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar daerah Maran. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah :
  1. Pengurusan dan kepimpinan berkesan oleh Tuan Haji Mohd Nor bin Md Tahir, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang
  2. Kepimpinan berintergeiti dan Pengurusan Kewangan yang berkesan oleh Encik Juha bin Pudin, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, JPN Pahang
  3. Kepimpinan Yang Cemerlang Menjamin Tadbir Urus yang Berkualiti oleh Tuan Haji Raauf bin Haji Jali, KPP BTPN Pahang
  4. Kepimpinan Yang Cemerlang Dalam Organisasi oleh YH Dato' Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Latiff, Ketua Pengarah Pelajaran Negeri Pahang
  5. Kepimpinan Instruksional oleh Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik
  6. Perancangan Strategik ke Arah Kecemerlangan Sekolah oleh Ketua Unit Sektor Jaminan Kualiti dan
  7. Sistem Penyampaian Awam Yang Berkesan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar
Timbalan Pengarah Pahang, Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar juga telah menyampaikan sijil kepada para peserta dan seterusnya merasmikan penutupan seminar tersebut. Untuk makluman, Tuan Haji Abdul Hamid juga telah menyampaikan amanat terakhirnya sebelum bersara wajib pada keesokkannya 9 Julai 2010.

Pengarah Pelajaran Pahang sedang memberi ceramah.
Sesi perbengkelan oleh guru besar dan pengetua Daerah Maran
Timbalan Pengarah menyampaikan amanatnya terakhir di PPD Maran

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami