Jumaat, 9 Julai 2010

'POK MI' kita bertukar ke Bentong sebagai Guru Besar

Encik Wan Mohd Azmi bin Wan Mat Amin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mi, telah bertukar ke SK Felda Chemomoi, Bentong sebagai Guru Besar. Pertukaran beliau merupakan kehilangan buat warga pendidikan di Maran setelah beliau menabur bakti sebagai guru penolong pada awalnya dan seterusnya sebagai Penyelia Sukan di PPD Maran. Hampir sepenuhnya jasa beliau dalam pendidikan telah dicurahkan kepada pendidikan di Daerah Maran. Beliau juga merupakan orang lama di PPD Maran yang telah menjawat Penyelia Sukan berbelas tahun. .
    Orang kuat sukan ini sudah begitu rapat dengan bidang sukan di daerah ini malah banyak pembangunan sukan telah dilakukan beliau. Kerja keras beliau telah memartabatkan Maran sebagai sebuah daerah sukan yang cemerlang. Beliau juga terus dingati bukan sahaja sebagai guru, penyrelia sukan malah pemain yang handal di padang atau gelanggang. Kini, pemergian beliau ke daerah lain sukar dicari ganti. Terima kasih atas segala jasa dan baktimu dan tahniah kerana menjawat jawatan Guru Besar di sana.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami