Khamis, 15 Julai 2010

Penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

‎12 sekolah rendah terpilih dalam Penilaian SBT iaitu MGS Kuantan, Assunta, SKIMU, SK Langgar, SK Seri Biram, SK Chenor, SK Sentosa, SK Chedong Jaya, SK Tanjung Putus, SK Tempoyang, SK Temin dan SJK(C) Kong Min. Tahniah diucapkan..harap bersedia kerana pemantauan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 20hb untuk penilaian SBT

Perkara-perkara Penting Penilaian SBT oleh KPM 20-30 Julai 2010


Berikut adalah ringkasan beberapa perkara penting untuk penilaian SBT bermula 20.7.2010 - 30.7.2010. Diharapkan semua sekolah terlibat bersedia dan mengambil tindakan:

1. Tidak ada teguran audit 3 tahun berturut-turut
2. SKPM mestilah 90% ke atas
3. Sekolah mesti ada trend keputusan peperiksaan menaik selama tiga tahun berturut-turut dalam pencapaian peperiksaan terkini.
4. Sekolah mesti dapat menunjukkan etos.
5. Sekolah mesti dapat menonjolkan kebitaraan dalam akademik (subjek apa?), kokurikulum, koakademik serta mempunyai hubungan antarabangsa
6. Persembahan ( contoh: power point) kepada pemantau hendaklah ringkas, berkesan dan menerangkan tentang keputusan peperiksaan, kemudahan infrastruktur sekolah, kemenjadian pelajar.
*Sekolah perlu highlight berkenaan Personaliti Unggul - dalam tempoh 20 tahun kebelakangan sahaja. Sekolah juga perlu menunjukkan anugerah-anugerah yang dimenangi.
*Persembahan juga perlu mengenengahkan perancangan guru, jadual pencerapan dan pemantauan, profil sekolah, benchmarking dan lain-lain perkara penting yang sesuai.


Sumber : fb Sektor Pengurusan Akademik JPN Pahang

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami