Jumaat, 24 September 2010

Perhimpunan Khas Sempena Bulan Kebangsaan 2010

Kerajaan telah mengisytiharkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai agenda nasional. Kempen ini bertujuan menggalakkan semua sektor baik sektor kerajaan mahupun swasta menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini. Bagi menjayakan kempen ini, satu jawatankuasa pusat telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
     Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 telah ditetapkan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan pada peringkat kebangsaan dan negeri. Pelancaran peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdanan Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 Oktober 2010 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
     Sehubungan dengan itu, bagi mengisi kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan, semua sekolah hendaklah mengadakan satu perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan (dalam bulan Oktober). Antara cadangan aktiviti ialah;
1. Nyanyian Lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
3. Ucapan Pengetua atau Guru Besar
4. Bacaan puisi/pidato/bercerita
5. Pertandingan pidato, bacaan puisi, bercerita atau bahas sepanjang bulan Oktober

Sila rujuk laman Dewan Bahasa dan Pustaka untuk maklumat lanjut.  http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami