Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Maran

gerbangkualiti.blogspot.com
ppdamaran.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat melayari blog rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Maran Menjuarai Kecemerlangan Pendidikan. KAMI KEMBALI SEMULA. Laman blog ini sedang dikemaskini.



Jumaat, 30 Julai 2010

Kursus Kepimpinan Manik kayu pengakap peringkat 3A Bahagian 1 - Pemimpin Pengakap Daerah Maran 2010

Kursus ini diadakan mulai 27 hingga 29 Julai 2010 di Tapak Perkhemahan Kem Ahmad Shah, Maran. Kursus Kepimpinan Manik Kayu Pengakap Peringkat 3A ini dihadiri lebih kurang 50 orang pemimpin pengakap daerah Maran yang terdiri daripada guru-guru.

Rabu, 28 Julai 2010

Buletin Pendidikan Pencegahan Dadah bil3/2010

Dapatkan buletin PPDa ini dari muat turun dan laman blog PPDa Maran (http://ppdamaran.blogspot.com/ )

Isnin, 26 Julai 2010

Singgah Sebentar : SM Teknik Pertanian Chenor, ( SKM antara bidang terbaru)

SM Teknik Pertanian Chenor merupakan sebuah sekolah berasaskan teknik dan vokasional yang menumpukan kepada pertanian dan satu-satunya sekolah pertanian di negeri Pahang. Sekolah ini telah banyak melahirkan ramai usahawan dan tenaga teknikal berkaitan bidang pertanian.

       Ramai yang tidak menyedari, sekolah ini merupakan antara sekolah yang banyak menyumbang pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan teknikal pertanian. Usaha pihak sekolah dalam memajukan potensi diri pelajar amat baik dan satu kebanggaan bagi daerah Maran sendiri. Dengan adanya kemahiran-kemahiran pertanian dan perladangan, kita percaya dapat melahgirkan ramai tenaga penting untuk kemajuan negara kita. Bidang pertanian yang luas dan cukup banyak peluang kerjaya, mampu direalisasikan oleh sekolah ini. Antara fokus kemahiran yang dilaksanakan adalah seperti pertanian, perikanan, perladangan, ternakan dan teknikal.

Tuan Haji Jamaluddin bin Abdullah, Guru Penyelaras SKM

      Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah bermula 2009, telah membuktikan peranan SMT Pertanian mampu melahirkan ramai tenaga mahir dalam bidang pertanian. SKM bukan sahaja mengambil para pelajar yang agak ketinggalan dalam akademik, tetapi mampu menjadikan pelajar ini berjaya dalam dalam bidang pertanian. Mengikut perbualan dengan Guru Penyelaras SKM, Tuan Haji Jamludin bin Abdullah, beliau berkata,"SKM menjadi alternatif kepada pelajar yang tercicir dalam akademik (PMR) untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang pertanian. Kita bersedia menerima mereka bagi memastikan mereka juga mampu berjaya terutama dalam bidang pertanian".
       Pelajar yang mengikuti SKM tidak difokuskan kepada akademik tetapi diajar dan dinilai dalam kemahiran seperti bercucuk tanam, menternak dan pengurusan pertanian. Mereka melaksanakan amali sepanjang proses pembelajaran mereka. Penilaian dibuat dengan adanya pemantauan daripada guru penilai dan diselia oleh Jabatan Teknikal dan vokasional, Kementerian Pertanian dan sebagainya. Setelah menjalani pengajian selama dua tahun, mereka akan ditawarkan menerus pengajian di sebuah Kolej di bawah SIME DURBY. Pengajian akan ditanggung oleh SIME DURBY dan akan diambil bekerja sebagai tenaga mahir terus di bawah syarikat berkenaan.

Tanaman jagung yang diusahakan oleh pelajar SKM

Tanaman nangka madu

Petola

Keledek

batas yang diusahakan


Taklimat Sistem Pendaftaran Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Taklimat Sistem Pendaftaran PTK menggunakan perisian bagi pendaftaran calon PTK Tahun 2010 akan diadakan pada :
Tarikh : 28 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Tingkat 4, Bilik Gerakan Wisma  Persekutuan, PPD Maran.

Sila berhubung dengan En adnan bin Manaf, Penyelia Peperiksaan Daerah Maran di talian 09-4771751-samb. 205, untuk maklumat lanjut.

Temuduga Jawatan Pembantu Am Gred N1, Daerah Maran

Sesi Taklimat oleh Timbalan PPD Maran

Temuduga dijalankan di PPD Maran pada 26 hingga 28 Julai 2010. Ia dihadiri oleh ramai calon sekitar daerah Maran. Keperluan Pembantu Am Gred N1 ini di sekolah-sekolah, dalam memantapkan lagi pengurusan pentadbiran. Calon-calon yang layak sahaja akan dipilih dan juga berdasarkan keperluan PPD dan JPN. Temuduga dijalankan oleh para pegawai JPN dan bermula sejak pukul 8.00 pagi.

Ahad, 25 Julai 2010

Permainan 'Wood Ball' Semakin popular di beberapa sekolah di Maran

Permainan 'Wood Ball' telah agak lama bertapak di Maran, namun kurang menarik minat golongan guru dan kakitangan sekolah.Ianya kini mula diberi perhatian dan menjadi satu permainan yang semakin popular terutama bagi kakitangan dan guru di sekolah.Seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan, banyak sekolah kini telah menjadikan  'wood ball' sebagai permainan berbentuk riadah yang diminati.
    Permainan ini semakin popular setelah satu pertandingan ' wood ball' bersama Pengarah Pelajaran Pahang dan para pegawai JPN sempena persaraan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Tn Hj Abdul Hamid di Maran baru-baru ini.
 En Yahya bin awang, Pengetua SMK Jengka Pusat 2 telah membawa sukan ini ke sekolah beliau dengan mengadakan 12 'gate' di sekitar kawasan sekolah. Usaha beliau menampakkan hasil apabila para guru dan kakitangan sekolah mula menjinakkan diri dengan permainan tersebut. En Yahya bin Awang juga berkata," Permainan ini berbentuk riadah dapat memupuk semangat kesukanan dan membina hubungan rapat dengan guru dan pekerjanya. Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan interaksi dan kesihatan yang baik para guru dan kakitangan".
     Selain SMK Jengka Pusat 2, sekolah lain yang mempunyai padang permainan 'wood ball' ialah SMK Jengka 6, SK Jengka 10, dan SMK Jengka 18. Kita mengharapkan sekolah lain juga akan mewujudkan sukan ini di sekolah masing-masing.
En Yahya menunjukkan bakatnya

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) Daerah Maran 2010 di SMK Jengka Pusat 2.

GPK 1 memberikan ucapan aluan.

Program Kesedaran HIV/AIDS juga telah diadakan di SMK Jengka Pusat 2 pada hari Jumaat, 23 Julai 2010. Kesedaran HIV amat penting kepada pelajar dan kita mengharapkan ceramah yang diadakan memberi kesan dan kesedaran yang mendalam kepada setiap pelajar.

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) Daerah Maran 2010 di SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor.

 GPK 1 SMKTAA bersama tetamu.

En Jasmi memberikan maklumat PPDa


En Rizal memberikan ceramahnya

Program Kesedaran HIV/AIDS ini diadakan bagi memberikan maklumat kepada para pelajar berkenaan bahaya HIV dan AIDS. Ia diadakan pada  hari Khamis 22 Julai 2010. Program di SMK Tengku Ampuan Afzan ini dihadiri hampir 200 perserta dari dua buah sekolah iaitu SM Teknik Pertanian dan SMK Tengku Ampuan Afzan sendiri. Ceramah dan tayangan video telah disampaikan oleh En Rizal bin Jiman dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. En Jasmi, Pegawai Khas PPDa Maran juga turut memberikan ceramah ringkasnya. Para Peserta juga diberikan kuiz berkenaan HIV dan Aids.

Persaraan Tuan Haji Abu Hasan bin Kasan, Guru Besar SK Desa Jaya, Bandar Jengka



Selamat bersara Tuan Haji Abu Hasan bin Kasan mulai 22 Julai 2010. Segala jasamukan di kenang. Terima kasih cikgu...



Sumber Gambar : PKG Bandar Jengka

Selasa, 20 Julai 2010

Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 (Mesyuarat Penyelarasan)

Mesyuarat penyelarasan Program Kembara Buku 2010 telah diadakan di PPD Maran pada 20 Julai 2010. Mesyuarat ini dihadiri Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Maran, para pegawai PPD Maran, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah dan Zon, serta wakil daripada PKG Daerah Maran.
       Perjumpaan ini diadakan bagi menyelaraskan perlaksanaan Kembara Buku di Peringkat Daerah Maran. Semua sekolah dikehendaki menyuburkan kembali perlaksanaan Kembara Buku yang telah dijalankan sejak 2008 lagi. Satu majlis pelancaran Program Kembara Buku akan dilaksanakan pada:

Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tempat : SK Bukit Tajau, Maran, 

        Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahya Zainal Abidin dijangka akan hadir merasmikannya. Beberapa sekolah dari setiap daerah di Pahang dijangka turut serta melihat perlaksanaan Kembara Buku. PIBG juga dilibatkan bagi memberi kesan kepada perlaksanaan Kembara Buku ini.
       Sebagai daerah yang telah melaksanakan Kembara Buku ini (based programme), seharusnya kita berasa bangga kerana program ini cuba dilaksanakan di seluruh negeri Pahang dan Maran menjadi perintisnya. Diharapkan usaha Timbalan Pengarah untuk melihat budaya membaca di kalangan para pelajar meningkat, tercapai dan terbukti.

Isnin, 19 Julai 2010

Lawatan Kerja Pertama Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang ke Maran

En Yahya Zainal Abidin telah berkunjung ke PPD Maran pada hari Isnin 19/7/2010, 8.30 pagi. Lawatan kerja beliau bertujuan untuk beramah mesra dan berbincang berkenaan hala tuju kepimpinan beliau terutama berkenaan Program Kembara Buku. Dalam sesi perjumpaan dengan para pegawai PPD Maran, beliau menyatakan harapan besar kepada Daerah Maran untuk melaksanakan program rintis beliau iaitu Kembara Buku. Sebagai Mantan PPD Maran, yang pernah memimpin PPD Maran, kenaikan pangkat/jawatan beliau ke Timbalan Pengarah Pelajaran Maran amatlah dihargai dan disyukuri oleh warga Pendidikan Daerah Maran. Sebagai orang Maran, beliau begitu mesra dan disukai oleh pegawai, kakitangan dan guru malah beliau adalah antara tokoh yang dekat di hati warga pendidikan Maran.
       Sebagai seorang yang berkarisma dan berpandangan jauh, tentunya idea, pandangan dan gaya kepimpinan beliau amat dinanti oleh seluruh warga Pahang. Walau ke mana beliau pergi, perihal ilmu dan buku tidak dapat dipisahkan daripada beliau. Sebagai seorang yang banyak menulis buku dan menjadikan pembacaan buku sebagai hobi dan gaya hidupnya, sudah semestinya idea dan pandangan beliau amat diharapkan untuk menghidupkan budaya membaca di kalangan seluruh masyarakat pada hari ini.
         PPD Maran akan memantau perlaksanaan Kembara Buku di setiap sekolah dan program NILAM juga perlulah dipertingkatkan.

Kem Kecemerlangan SK Bukit Bota di Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Tarikh : 17 Julai 2010

Tempat : Hotel Seri Malaysia Temerloh
Masa : 8 pagi - 5 ptg.
Tentatif :
  •  Pendaftaran
  • Ceramah dan Bengkel B.Inggeris - Datin Hjh Safura SK Paya Pulai
  • Bengkel Mate dan Sains - Guru-guru SK BB
  • Makan tengahari,Solat Zohor
  • Motivasi Pelajar - En Razali - SMK Teknik Chenor:
Penilaian /Maklumbalas Murid : Semua berpuashati dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010 nanti.
Terima kasih kepada YB Parlimen Maran, Dato’ Hj Ismail b Abd Mutalib atas sumbangan ikhlas.
Terimakasih kepada AJK Kecemerlangan UPSR,PIBG dan semua ibu/bapa/penjaga murid Tahun 6 2010.


Laporan oleh : Cikgu Hamshah Che Mamat, SK Bukit Bota, Chenor, Maran

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami