Jumaat, 24 September 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri Program Integrasi Pendidikan Khas Daerah Maran 1431H/2010M

Majlis berkenaan akan diadakan pada ;

Tarikh    : 6 Oktober 2010
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Maran

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:

  1. SMK Maran
  2. SMK Jengka 2
  3. SMK Jengka Pusat
  4. SMK Tengku Ampuan Afzan
  5. SK Maran
  6. SK Serengkam
  7. SK Pesagi
  8. SK RKTP Kg Awah
  9. SK Sekara
  10. SK LKTP Jengka 15
  11. SK LKTP Jengka 9
  12. SK LKTP Jengka 17
  13. SK LKTP Jengka 22
  14. SK Bandar Pusat
  15. SK Chedong Jaya

Perhimpunan Khas Sempena Bulan Kebangsaan 2010

Kerajaan telah mengisytiharkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai agenda nasional. Kempen ini bertujuan menggalakkan semua sektor baik sektor kerajaan mahupun swasta menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini. Bagi menjayakan kempen ini, satu jawatankuasa pusat telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
     Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 telah ditetapkan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan pada peringkat kebangsaan dan negeri. Pelancaran peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Timbalan Perdanan Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 Oktober 2010 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
     Sehubungan dengan itu, bagi mengisi kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan, semua sekolah hendaklah mengadakan satu perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan (dalam bulan Oktober). Antara cadangan aktiviti ialah;
1. Nyanyian Lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
3. Ucapan Pengetua atau Guru Besar
4. Bacaan puisi/pidato/bercerita
5. Pertandingan pidato, bacaan puisi, bercerita atau bahas sepanjang bulan Oktober

Sila rujuk laman Dewan Bahasa dan Pustaka untuk maklumat lanjut.  http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Isnin, 20 September 2010

Selamat Menghadapi UPSR 2010

Buat semua pelajar Tahun 6 dan sekolah rendah Daerah Maran, selamat menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula 21 September 2010. Diharap semua pelajar telah bersedia dan mampu menjawab dengan baik. Kita doakan agar semua pelajar memperolehi kejayaan dan Daerah Maran terus unggul yang terbaik di Negeri Pahang.

Selasa, 7 September 2010

Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 (Daerah Maran)

Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan DUN, Majlis Belia dan Agensi Kerajaan, akan mengadakan Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan 2010. Program ini akan diadakan pada;

Tarikh : 2 OKTOBER 2010
Tempat : Kem Tengku Puan Pahang, Maran
Masa : 8.00 pagi hingga 12 malam

Program ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Pertandingan Lagu Patriotik dijalankan mengikut 2 kategori iaitu:

1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Terbuka

Pada Malam itu juga akan diadakan pembacaan puisi oleh semua peserta nyanyian lagupatriotik dan para tetamu termasuklah orang ramai. Dijangka antara pemuisi yang hadir mendeklamasikan sajak mereka ialah
  • Sutung Umar R.S
  • Sani Sudin (Kopratasa)
  • S.M. Zakir
  • Roslan Madun
  • Rahimidin Zahari
  • Para Jemputan VIP
  • Ahli Persatuan dan orang ramai.
Semua sekolah di Daerah Maran diharap dapat bersedia dengan para peserta. Sokongan dan kerjasama semua amat diharapkan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun.

Untuk pertanyaan sila hubungi En Soba Rahman SK Ulu Luit/ En Ramli Yahya- PPD Maran/ En Mohd Jasmi Jaafar - PPD Maran.

Pertandingan Mencipta Lagu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pahang 2010

Diharapkan semua sekolah dapat menyertai Pertandingan ini. Selain ianya sebagai salah satu program PPDa, ia juga dapat melihat sejauhmana fungsi dan peranan Panitia Muzik di sekolah-sekolah. Guru-guru Muzik boleh mengembangkan bakat mereka selain menyahut cabaran ini. Setiap sekolah mempunyai guru muzik dan tentunya tidak sukar untuk mencipta sebuah lagu. Selain itu, guru-guru lain (bukan guru Muzik) yang berkemahiran muzik boleh tampil untuk sama-sama menyumbang bakat mereka.
            Kita mengharapkan Daerah Maran mampu tampil sebagai satu daerah pendidikan yang cemerlang. Surat arahan telah diedarkan ke sekolah bertarikh 6 September 2010

Khamis, 26 Ogos 2010

Majlis Penyerahan 'Note Book Computer' Kepada Para Pelajar Parlimen Maran'

Majlis ini akan diadakan pada :

Tarikh : 30 Ogos 2010
Hari    : Isnin
Masa  : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Pekan Tajau, Maran.

Sekolah-sekolah yang menerimanya ialah:
  1. SMK Maran            211 orang
  2. SMK Maran 2           41 orang
  3. SMK Sri Jaya          190 orang
  4. SMK Cedung Jaya   198 orang
  5. SMK Seri Jengka     206 orang
  6. SMK Kg Awah        243 orang
  7. SMK TAA               293 orang
  8. SMT Pertanian            11 orang
  9. SMA Al Mahmudi         8 orang
  10. SMK Jengka 6           327 orang
JUMLAH SEMUA = 1728 orang Pelajar

'net book computer'

Pendaftaran penerima mengikut sekolah

Pelajar dan ibu bapa yang hadir


Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Zon Timur


Ucapan Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Mutalib


Guru dan pelajar


Pelajar menerima komputer


Selasa, 24 Ogos 2010

Pembayaran Bantuan KWAPM Tahun 2011 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan Yang Berdaftar Dengan eKASIH

Bagi mengelakkan berlaku pertindihan bantuan dan ketirisan dalam penyaluran bantuan, kerajaan telah menetapkan semua bantuan kepada golongan miskin perlu menggunakan sumber daripada data eKASIH. Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
pada 7 Januari 2010 telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah WAJIB menggunakkan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
     Selaras dengan keputusan tersebut, bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadikan eKASIH sebagai sumber rujukan utama dalam pemberian Bantuan Persekolahan khasnya Bantuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil 1/2010 yang telah diadakan pada 14 Mei 2010 dan dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' TKSU (Pembangunan). Kadar pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:


  1. Kategori MISKIN   

  • Tahun 1 - 6         Bantuan Am Persekolahan          Bantuan Bulanan
                                             RM 200                                  RM 250

  • Tingkatan 1/Peralihan   RM 300                                  RM 300
     
2.    Kategori MISKIN TEGAR

  • Tahun 1 - 6        Bantuan Am Persekolahan           Bantuan Bulanan
                                            RM 200                                    RM 500

  •  Tingkatan 1/Peralihan RM 300                                    RM 600

KPM akan mula membuat bayaran KWAPM untuk sesi persekolahan 2011 bermula November sehingga minggu kedua Bulan Disember 2010 bagi murid Tahun 2 hingga 6. Pembayaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pula akan dilaksanakan bermula Mac 2011. Harap maklum.

RMT : Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (untuk 2011)

RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
      Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
     Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/  Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
     Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
     Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.


Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami