Selasa, 24 Ogos 2010

Pembayaran Bantuan KWAPM Tahun 2011 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan Yang Berdaftar Dengan eKASIH

Bagi mengelakkan berlaku pertindihan bantuan dan ketirisan dalam penyaluran bantuan, kerajaan telah menetapkan semua bantuan kepada golongan miskin perlu menggunakan sumber daripada data eKASIH. Perkara ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1 Tahun 2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)
pada 7 Januari 2010 telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah WAJIB menggunakkan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.
     Selaras dengan keputusan tersebut, bermula tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadikan eKASIH sebagai sumber rujukan utama dalam pemberian Bantuan Persekolahan khasnya Bantuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil 1/2010 yang telah diadakan pada 14 Mei 2010 dan dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' TKSU (Pembangunan). Kadar pembayaran KWAPM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:


  1. Kategori MISKIN   

  • Tahun 1 - 6         Bantuan Am Persekolahan          Bantuan Bulanan
                                             RM 200                                  RM 250

  • Tingkatan 1/Peralihan   RM 300                                  RM 300
     
2.    Kategori MISKIN TEGAR

  • Tahun 1 - 6        Bantuan Am Persekolahan           Bantuan Bulanan
                                            RM 200                                    RM 500

  •  Tingkatan 1/Peralihan RM 300                                    RM 600

KPM akan mula membuat bayaran KWAPM untuk sesi persekolahan 2011 bermula November sehingga minggu kedua Bulan Disember 2010 bagi murid Tahun 2 hingga 6. Pembayaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pula akan dilaksanakan bermula Mac 2011. Harap maklum.

RMT : Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah (untuk 2011)

RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
      Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
     Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/  Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
     Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
     Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.


eKASIH : Penyaluran bantuan pembasmian Kemiskinan

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi projek/program dan bantuan pembasmian kemiskinan. Ini bermakna, bantuan kepada pelajar miskin termasuk KWAPM dan RMT adalah merujuk kepada eKASIH.
       Mulai 2011, Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan diberikan kepada pelajar yang layak dan telah berdaftar dengan eKASIH. Sehubungan dengan itu, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar, bolehlah mendaftarkan diri dalam eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman WEB http://www.ekasih.gov.my/ . Pihak sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem eKASIH ini.
     Untuk makluman, Sistem eKASIH ini ialah Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang akan memantau dan mengesahkan pemohon dikategori miskin atau miskin tegar sahaja. Sila dapatkan bantuan dan pengesahan daripada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung masing-masing.

Khamis, 19 Ogos 2010

Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik Pahang Darul Makmur Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan menganjurkan pertandingan tersebut sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Negeri Pahang dan penyertaan adalah percuma.
      Murid-murid dan guru-guru digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah 20 September 2010. Penghantaran adalah bebertuk CD dan hendaklah dialamatkan kepada:

Kumpulan Kesenian Negeri Pahang,
Tingkat 2, Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota,
25200 KUANTAN.

      Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Rabiulawal bin A.Anuar di talian 013-9360301

Pertandingan Projek Kempen BOH Sinar Harapan Orang Hutan 'New Hope Orang Utan" 2010

 Kementerian Pelajaran Malaysia dengan usahasama pihak BOH dan Ch-9 Media Sdn Bhd akan meneruskan penganjuran Pertandingan Projek Kempen BOH Sinar Harapan Orang Utan pada tahun ini. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah berumur di antara 13 hingga 17 tahun.
       Untuk maklumat berkaitan pertandingan tersebut boleh hubungi pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia, Noorzalina binti Zainal Abidin di talian 03-8884 9394 atau wakil penganjur En Asraf bin Abdul Rahman di talian 012-474 4447 atau 03- 7952 7999.
      Sila layari laman "New Hope For Orang Utan"

Rabu, 18 Ogos 2010

Temuduga Gred 32 PPPLD

Temuduga bagi guru-guru Gred 32 KUP diadakan di PPD Maran mulai hari Selasa (16 Ogos 2010) hingga Jumaat (20 Ogos 2010). Temuduga ini bagi melengkapkan arahan perkhidmatan untuk memastikan guru-guru ini layak untuk Gred 32 hakiki. Guru-guru yang layak akan ditawarkan pula perjawatan mengikut arahan perkhidmatan oleh kementerian. Lebih 200 orang guru terlibat dalam sesi temuduga tersebut.

MARAN :Jenayah Remaja Tidak Boleh Pandang Ringan

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, statistik dan kajian pihak berkuasa  termasuk kerajaan dan NGO serta institusi pengajian tinggi menunjukkan batapa jenayah dikalangan remaja bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.
    Menurutnya, kebanyakan remaja itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang, rogol, pergaduhan dan samseng. "Walaupun kes di daerah ini tidak membimbangkan namun peningkatan kes di seluruh negara membuktikan pembabitan remaja. Bagi saya, perkembangan ini mat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah masih dianggap terkawal jika dibandingkan bilangan murid di seluruh negara", katanya ketika bersama dalam Program Anak Angkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Maran.
    Seramai 203 orang pelajar dari SMK Maran, SMK Maran 2 dan SMK cedung Jaya terlibat dalam program selama dua hari itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.

Permohonan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh KPM

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Tawaran ini hanya sah sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang Berkaitan.
Permohonan Murid Tingkatan Satu (1)
Syarat Pemilihan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan sahaja.
  3. Mencapai 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti Gred A)
  4. Aktif dalam kokurikulum.
Permohonan Murid ke Tingkatan Empat (4)
Syarat Pemilihan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  3. Aktif dalam kokurikulum
  4. Kelayakan Akademik PMR seperti berikut:
  • Sekurang-kurangnya gred A bagi enam mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/
  • Bahasa Antarabangsa. Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  • Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
Prosedur Permohonan Murid Tingkatan 1 dan 4

  1. Murid membuat permohonan secara online Melalui Web KPM http://www.moe.gov.my/ 
  2. Murid membuat cetakan satu salinan permohonan.
  3. Murid menyerahkan salinan permohonan kepada Guru Besar/Pengetua sekolah-sekolah masing-masing.
  4. Bagi Murid Tingkatan Satu, sila hantar salinan kedua kepada Pengetua SBP mengikut pilihan.
TARIKH PERMOHONAN MULAI
I SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2010

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami