Jumaat, 12 November 2010

Maran Kekal Pencapaian Cemerlang UPSR Pahang 2010


Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Pn Samsiah binti Suradin

MARAN - Daerah ini berjaya mengekalkan pencapaian selama dua tahun berturut-turut apabila diumumkan sebagai daerah terbaik menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
        Pegawai Pelajaran Daerah, Shamsiah Suradin berkata, keputusan daerah ini menunjukkan peningkatan GPS kepada 2.05 peratus berbanding 2.13 peratus pada tahun lalu. Menurutnya, bilangan pelajar cemerlang juga meningkat dengan 279 calon memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran berbanding 248 calon pada 2009. “Peningkatan ini melepasi sasaran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang menyasarkan seramai 277 calon daerah Maran mendapat A dalam semua mata pelajaran.
        “Lima sekolah memperoleh pencapaian 100 peratus lulus berbanding hanya empat sekolah tahun lalu,” katanya ketika pengumuman keputusan UPSR daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Maran, di sini.
Lima sekolah itu adalah SK Chedung Jaya dengan sembilan calon memperoleh 5A, SK Felda Bukit Tajau (lapan), SK Sekara (dua), SK Senggora (seorang) dan SK Serengkam (dua).
         Shamsiah berkata, SK Bandar Pusat mencatat keputusan membanggakan apabila 25 daripada 112 calonnya memperoleh 5A manakala seorang calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jerik mendapat 7A. Menurutnya, pencapaian cemerlang yang diperoleh daerah ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk sokongan daripada ibu bapa. “Paling penting, keazaman dan semangat calon itu sendiri menjadi faktor utama kepada kejayaan cemerlang mereka. “Kerjasama guru-guru yang sentiasa aktif mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang di samping kejayaan ibu bapa memainkan peranan masing-masing,” katanya.


Khamis, 11 November 2010

Tahniah Maran. Meneruskan Kecemerlangan

Keputusan UPSR telah pun dikeluarkan. Maran masih berjaya meneruskan kecemerlangannya. 5 buah sekolahnya telah berjaya mencapai 100%.










Rabu, 10 November 2010

Perlaksanaan Program / Aktiviti Pada Cuti Hujung Minggu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2005: Perlaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu yang telah menetapkan bahawa sekolah-sekolah yang berupaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja tidak perlu mengadakan program/aktiviti pada cuti hujunng minggu. Sekiranya sekolah-sekolah menghadapi kesulitan melaksanakan program/abtu dengan syarat tidak melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
     Perlu diingatkan bahawa sekolah tidak boleh menjalankan program/aktiviti pada hujung minggu sekiranya hari-hari berkenaan merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan atau Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan.
     Pentadbir sekolah hendaklah merancang dan memasukkan program/aktiviti hujung minggu dalam Takwim Tahunan Sekolah supaya guru-guru, kakitangan dan murid dapat membuat persediaan awal.
     Sekiranya terdapat keperluan selain daripada yang dinyatakan di atas, pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada semua warga sekolah yang terlibat sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal.

keputusan UPSR pada 11 November 2010

Keputusan UPSR 2010 akan dimaklumkan pada 11 November 2010. Tentunya keputusan ini dinanti dan ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, guru dan ibu bapa dengan penuh debaran.
    Kita mengharapkan agar keputusan ini nanti memberi satu suntikan semangat buat semua. Diharapkan juga daerah Maran terus cemerlang.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Karnival PSKPP Daerah Maran 2010

Mesyuarat Jawatankuasa PSKPP Daerah Maran pada 21 Oktober 2010, telah memutuskan bahawa satu Karnival PSKPP Maran yang akan diadakan pada ketetapan berikut;
     Tarikh    : 13 November 2010
     Masa     : 8.00 pagi
     Tempat  : SK Desa Jaya dan SMK Desa Jaya
     Pengelola : Zon Jempul

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili PSKPP Maran ke Peringkat negeri Pahang. Semua ahli PSKPP Maran dijemput hadir. Antara permainan yang diadakan ialah;
  1. Bola sepak Veteren dan Senior
  2. Bola Jaring Veteren dan Senior
  3. Sepak Takraw Veteren dan Senior 
  4. Badminton Veteren dan Senior  (Lelaki & Perempuan)
  5. Ping Pong  (Lelaki & Perempuan)
  6. Woodball  (Lelaki & Perempuan)
  7. Bola Tampar   (lelaki)
  8. Tenis    (lelaki)
  9. Jogathon      (Lelaki & Perempuan) 
"Selamat Bersukan"

Terima Kasih Di Atas Pembayaran Yuran PSKPP Daerah Maran 2010

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah yang telah berjaya menjelaskan pembayaran yuran PSKPP Maran pada tahun ini.

Kursus Pengurusan Jenazah untuk Guru Pendidikan Islam Daerah Maran

Kursus ini akan diadakan pada 3 November 2010, bermula jam 8.00 pagi di Pejabat Pelajaran Daerah Maran. Kursus ini akan dijalankan di Tingkat 4, Wisma Persekutuan Daerah Maran dan dihadiri oleh guru-guru pendidikan Islam seluruh Daerah Maran.
    Matlamat program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para guru dan pegawai tentang pengurusan jenazah yang betul dan tertib. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Rabu, 13 Oktober 2010

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami