Jumaat, 12 November 2010

Maran Kekal Pencapaian Cemerlang UPSR Pahang 2010


Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Pn Samsiah binti Suradin

MARAN - Daerah ini berjaya mengekalkan pencapaian selama dua tahun berturut-turut apabila diumumkan sebagai daerah terbaik menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
        Pegawai Pelajaran Daerah, Shamsiah Suradin berkata, keputusan daerah ini menunjukkan peningkatan GPS kepada 2.05 peratus berbanding 2.13 peratus pada tahun lalu. Menurutnya, bilangan pelajar cemerlang juga meningkat dengan 279 calon memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran berbanding 248 calon pada 2009. “Peningkatan ini melepasi sasaran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang menyasarkan seramai 277 calon daerah Maran mendapat A dalam semua mata pelajaran.
        “Lima sekolah memperoleh pencapaian 100 peratus lulus berbanding hanya empat sekolah tahun lalu,” katanya ketika pengumuman keputusan UPSR daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Maran, di sini.
Lima sekolah itu adalah SK Chedung Jaya dengan sembilan calon memperoleh 5A, SK Felda Bukit Tajau (lapan), SK Sekara (dua), SK Senggora (seorang) dan SK Serengkam (dua).
         Shamsiah berkata, SK Bandar Pusat mencatat keputusan membanggakan apabila 25 daripada 112 calonnya memperoleh 5A manakala seorang calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jerik mendapat 7A. Menurutnya, pencapaian cemerlang yang diperoleh daerah ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk sokongan daripada ibu bapa. “Paling penting, keazaman dan semangat calon itu sendiri menjadi faktor utama kepada kejayaan cemerlang mereka. “Kerjasama guru-guru yang sentiasa aktif mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang di samping kejayaan ibu bapa memainkan peranan masing-masing,” katanya.


Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami