Jumaat, 11 Jun 2010

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008

TARIKH : 21 DAN 25 JUN 2010
TEMPAT : BILIK GERAKAN, PPD MARAN.

DASAR KUALITI

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD Maran, berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan perkhidmatan utama dapat dilaksanakan dengan tepat dan cepat secara berterusan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan Falsafah Pendididkan Kebangsaan untuk keperluan pelanggan. Dasar ini akan dikemaskini dari masa ke semasa menerusi penyemakan objektif bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk tujuan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar ini akan disebar luaskan melalui saluran komunikasi yang ada kepada setiap warga organisasi untuk difahami dan dihayati.

Jumaat, 28 Mei 2010

Hari Koperasi SMK Maran 2

SMK Maran

Guru-guru SMK Jengka 2

Rabu, 26 Mei 2010

Dari Akar hingga Buahnya (bila bercakap tentang Integriti)

INTEGRITI bagaikan pokok yang berdiki teguh di hutan. Akarnya dalam, menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan bersedia menaburkan biji benihnya. Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.

Insan yang berintergriti berdiri teguh umpama pokok ini. Bertunjangkan nilai-nilai murni, insan ini tidak akan tunduk kepada desakan dunia. Sifat-sifat yang dipupukdengan prinsip-prinsip mulia, dan keyakinan untuk melakukan perkara yang betul menjadikan mereka stabil dan selamat dalam apa jua keadaan sukar yang datang melanda. Mereka menghasilkan buah terbaik dalam semua aspek kehidupan mereka. Mereka mempengaruhi keluarga, komuniti dan masyarakat dengan tindakan-tindakan yang berteladan. Buah yang baik menyebarkan benih integriti, maka bertunaslah pucuk-pucuk baru yang serupa sifatnya.

http://www.iim.com.my/

Seminar Integriti Daerah Maran di Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka.

Isnin, 24 Mei 2010

Selama mana waktu kita mengajar?

struktur-organisasi-kementerian-pelajaran-malaysia-kpm

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005).


Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang.



Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia

Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matklamat pendidikan. Beliau melihat pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.

Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.

Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.

Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat iaitu;

1.Eksekutif

2.Pengurusan

3.Penyeliaan

4.Teknikal

5.Pelaksana

Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.






Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami