Rabu, 26 Mei 2010

Dari Akar hingga Buahnya (bila bercakap tentang Integriti)

INTEGRITI bagaikan pokok yang berdiki teguh di hutan. Akarnya dalam, menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya. Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun, dengan warna cantik berkilat, ranum dan bersedia menaburkan biji benihnya. Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.

Insan yang berintergriti berdiri teguh umpama pokok ini. Bertunjangkan nilai-nilai murni, insan ini tidak akan tunduk kepada desakan dunia. Sifat-sifat yang dipupukdengan prinsip-prinsip mulia, dan keyakinan untuk melakukan perkara yang betul menjadikan mereka stabil dan selamat dalam apa jua keadaan sukar yang datang melanda. Mereka menghasilkan buah terbaik dalam semua aspek kehidupan mereka. Mereka mempengaruhi keluarga, komuniti dan masyarakat dengan tindakan-tindakan yang berteladan. Buah yang baik menyebarkan benih integriti, maka bertunaslah pucuk-pucuk baru yang serupa sifatnya.

http://www.iim.com.my/

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami