RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
- Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/ Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
Isnin, 22 November 2010
Sabtu, 20 November 2010
Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang 2010
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah pada 8, 9 dan 10 Oktober 2010 yang lalu di Stadium Mini Bnadar Jengka, Pahang. Karnival ini anjuran bersama PDRM, Agensi Cegah Jenayah dan Jabatan Kerajaan.
PPD Maran terlibat dalam menyediakan peserta pelajar dalam aktiviti Forum Perdana, Perasmian, Ceramah Cegah Jenayah dan Pameran Unit PPDa, PPD Maran. Terima kasih kepada para peserta, guru dan sekolah yang terlibat.
Anda boleh mengikuti lagi (gambar-gambar karnival) di laman http://ppdamaran.blogspot.com/2010/10/karnival-nilai-murni-cegah-jenayah.html
PPD Maran terlibat dalam menyediakan peserta pelajar dalam aktiviti Forum Perdana, Perasmian, Ceramah Cegah Jenayah dan Pameran Unit PPDa, PPD Maran. Terima kasih kepada para peserta, guru dan sekolah yang terlibat.
Anda boleh mengikuti lagi (gambar-gambar karnival) di laman http://ppdamaran.blogspot.com/2010/10/karnival-nilai-murni-cegah-jenayah.html
Seminar Inovasi Matematik Dalam Pendidikan Daerah Maran 2010
Program ini telah dilaksanakan pada 3 November 2010 di UITM Jengka, Pahang. Ianya dihadiri oleh para guru seluruh daerah Maran. Perasmian penutup pula telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj Jali, AMP.,
Antara pengisiannya ialah taklimat inovasi oleh En Shahril bin Othman (SK Serengkam, Maran) yang juga Guru Inovasi Pahang 2010 dan juga taklimat inovasi daripada PKG Pahang. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Gambar-gambar oleh PKG Daerah Maran
Kem Membaca 1 Malaysia
Tahniah kepada semua peserta dan PKG serta sekolah Daerah Maran yang terlibat dalam Kem Membaca 1 Malaysia yang di adakan pada 8 November 2010 di SMK Jengka Pusat. Program ini telah dicatatkan dalam Rekod Malaysia.
Jumaat, 19 November 2010
Isnin, 15 November 2010
Jumaat, 12 November 2010
Maran Kekal Pencapaian Cemerlang UPSR Pahang 2010
Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Pn Samsiah binti Suradin
MARAN - Daerah ini berjaya mengekalkan pencapaian selama dua tahun berturut-turut apabila diumumkan sebagai daerah terbaik menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
Pegawai Pelajaran Daerah, Shamsiah Suradin berkata, keputusan daerah ini menunjukkan peningkatan GPS kepada 2.05 peratus berbanding 2.13 peratus pada tahun lalu. Menurutnya, bilangan pelajar cemerlang juga meningkat dengan 279 calon memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran berbanding 248 calon pada 2009. “Peningkatan ini melepasi sasaran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang menyasarkan seramai 277 calon daerah Maran mendapat A dalam semua mata pelajaran.
“Lima sekolah memperoleh pencapaian 100 peratus lulus berbanding hanya empat sekolah tahun lalu,” katanya ketika pengumuman keputusan UPSR daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Maran, di sini.
Lima sekolah itu adalah SK Chedung Jaya dengan sembilan calon memperoleh 5A, SK Felda Bukit Tajau (lapan), SK Sekara (dua), SK Senggora (seorang) dan SK Serengkam (dua).
Shamsiah berkata, SK Bandar Pusat mencatat keputusan membanggakan apabila 25 daripada 112 calonnya memperoleh 5A manakala seorang calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jerik mendapat 7A. Menurutnya, pencapaian cemerlang yang diperoleh daerah ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk sokongan daripada ibu bapa. “Paling penting, keazaman dan semangat calon itu sendiri menjadi faktor utama kepada kejayaan cemerlang mereka. “Kerjasama guru-guru yang sentiasa aktif mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang di samping kejayaan ibu bapa memainkan peranan masing-masing,” katanya.
petikan : Sinar harian 12/11/2010
Khamis, 11 November 2010
Tahniah Maran. Meneruskan Kecemerlangan
Keputusan UPSR telah pun dikeluarkan. Maran masih berjaya meneruskan kecemerlangannya. 5 buah sekolahnya telah berjaya mencapai 100%.
Rabu, 10 November 2010
Perlaksanaan Program / Aktiviti Pada Cuti Hujung Minggu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2005: Perlaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu yang telah menetapkan bahawa sekolah-sekolah yang berupaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja tidak perlu mengadakan program/aktiviti pada cuti hujunng minggu. Sekiranya sekolah-sekolah menghadapi kesulitan melaksanakan program/abtu dengan syarat tidak melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
Perlu diingatkan bahawa sekolah tidak boleh menjalankan program/aktiviti pada hujung minggu sekiranya hari-hari berkenaan merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan atau Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan.
Pentadbir sekolah hendaklah merancang dan memasukkan program/aktiviti hujung minggu dalam Takwim Tahunan Sekolah supaya guru-guru, kakitangan dan murid dapat membuat persediaan awal.
Sekiranya terdapat keperluan selain daripada yang dinyatakan di atas, pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada semua warga sekolah yang terlibat sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal.
keputusan UPSR pada 11 November 2010
Keputusan UPSR 2010 akan dimaklumkan pada 11 November 2010. Tentunya keputusan ini dinanti dan ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, guru dan ibu bapa dengan penuh debaran.
Kita mengharapkan agar keputusan ini nanti memberi satu suntikan semangat buat semua. Diharapkan juga daerah Maran terus cemerlang.
Kita mengharapkan agar keputusan ini nanti memberi satu suntikan semangat buat semua. Diharapkan juga daerah Maran terus cemerlang.
Langgan:
Catatan (Atom)