Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Maran

gerbangkualiti.blogspot.com
ppdamaran.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat melayari blog rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Maran Menjuarai Kecemerlangan Pendidikan. KAMI KEMBALI SEMULA. Laman blog ini sedang dikemaskini.



Rabu, 30 Jun 2010

Hari Koperasi SMK Maran 2

30 JUN - SMK Maran 2 juga mengadakan hari koperasinya pada hari ini. Pelabagai acara juga turut diadakan seperti jualan gerai pelbagai makanan, pakaian, kraf, pameran Rakan COP PDRM, pameran pandu uji kereta, kaunter bank-bank, alatulis, buku-buku, Tabung Haji dan juga paling istimewa, perkhidmatan Urut Tradisional (tapak Kaki) oleh seorang OKU (buta). Di samping itu juga jualan lemang turut diadakan bagi memeriahkan suasana.





Gimik Hari Koperasi SMK Maran 2010

Hari Koperasi SMK Maran

30 JUN- Hari Koperasi SMK Maran telah berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada hari ini.
Beberapa acara telah dijalankan seperti gerai jualan makanan, pakaian, alatan sekolah, buku, pemeriksaan kesihatan, demontrasi bomba, pameran kesenian, bank-bank dan agensi kerajaan juga turut mengambil bahagian. selain itu ada juga pertandingan seperti nasyid, gubahan, masakan dan sebagainya. Semoga acara sebegini diteruskan pada masa akan datang.




Isnin, 28 Jun 2010

ALAMAT WEB/BLOG SEKOLAH

PPD Maran sedang mengemaskini data Laman web dan blog sekolah-sekolah daerah Maran. Oleh yang demikian, sila hantar alamat web/blog sekolah ke PPD Maran menggunakan email En Mohd Jasmi bin Jaafar ( email : mohdjasmi_ppdmaran@yahoo.com.my). Alamat web dan blog sekolah akan dipaparkan ke dalam blog PPD Maran ini.

Sambutan Hari Koperasi SMK Maran 2

Sambutan Hari Koperasi Sekolah SMK Maran dan SMK Maran 2 akan diadakan serentak pada hari Rabu, 30 Jun 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Hadirin dan masyarakat sekitar dijemput hadir.

Jumaat, 25 Jun 2010

Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia

Berhubung dengan perkara di atas satu pertandingan menulis sejarah Malaysia akan dianjurkan oleh KPM terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.Tarikh tutup pertandingan ialah pada 29 Oktober 2010. Diminta pihak sekolah memaklumkan kepada pelajar masing-masing. Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan boleh didapati dengan melayari sesawang http://www.psm.org.my/

Rabu, 23 Jun 2010

Jemaah Umrah (melibatkan guru dari Maran) Terkandas di Makkah, Arab Saudi.

Satu surat daripada Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah, Arab Saudi telah diterima memaklumkan bahawa 6 orang guru yang mengikuti rombongan Umrah ke Makkah telah kehilangan pasport mereka. Mereka sebilangan daripada 43 orang jemaah yang kehilangan pasport di Makkah.
   Jemaah Umrah dari Al Fajr Travel and  Tours sepatutnya berlepas pulang ke Malaysia pada hari Selasa, 15 Jun 2010 dengan penerbangan 'Pakistan Airlines' tetapi dukacitanya pada hari tersebut baru diketahui bahawa pasport mereka hilang. Sehubungan dengan itu, pihak konsulat telah mengeluarkan Sijil Kecemasan dan mendapatkan 'exit visa' bagi membolehkan mereka balik dengan kadar segera tetapi gagal kerana semua penerbangan ke Kuala Lumpur telah penuh ditempah oleh pelancong yang akan ke Malaysia.
   Pihak Al-Fajr telah memaklumkan bahawa jemaah yang terkandas ini akan hanya dapat balik ke Malaysia dengan Penerbangan Pakistan pada hari Rabu, 23 Jun 2010 (Jeddah/Karachi/Kuala Lumpur) dan dijangka tiba di Malaysia pada hari Jumaat, 25 Jun 2010.
    Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dari daerah Maran yang terlibat ialah;
  1. Mohd Hamzah bin Zulkifly (SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Maran)
  2. Siti Suriani bt Othman ( SMK Jengka 6,Maran)
  3. Mohd Sukri b Umar Baki @ Abd Hamid (SK Sentosa, Maran)
  4. Norafidah binti Mohd Resedi  (SK Maran,)
  5. Roshana binti Mohamed ( SK RKTP Kg Awah, Maran)
  6. Zaleha binti Zulkifly (SK RKTP Kg Awah, Maran)

Pertandingan Penulisan Sajak PPDa Sempena Hari AntiDadah Antarabangsa

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Pahang dengan kerjasama PEMADAM Negeri Pahang akan menganjurkan pertandingan tersebut sempenan sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang disambut pada 26 Jun setiap tahun. Terbuka untuk pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, guru-guru, kakitangan, pegawai PPD dan JPN.

           Sehubungan dengan itu, Unit PPDa, Jabatan Pelajaran Pahang telah mengarahkan PPD Maran untuk melanjutkan maklumat ini ke semua sekolah. Pihak sekolahdiminta menggalakkan penyertaan sebanyak mungkin dari kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Pertandingan ini akan bermula pada 26 Jun 2010 dan tamat pada 31 Ogos 2010.
           Sila dapatkan maklumat dari 'Pahang PPDa' dan 'PPDa Maran'. Boleh terus berhubung dengan En Abdullah Sani (Ketua Unit PPDa, JPNP) dan En. Wan Muhamad Azan (Pen. Pengarah PPDa, JPNP) di talian 09-5715928. Pertanyaan juga boleh diaju dengan Pegawai PPDa Maran, En Mohd Jasmi di talian 09-4771751-samb 107.

Selasa, 22 Jun 2010

Pemantauan Audit MS ISO 9001:2008

Proses audit bermula



Pemantauan audit telah dilakukan oleh PegawaiJPN mewakili pihak KPM dalam memastikan proses dokumentasi dan rekod PPD berada dalam keadaan baik dan tersusun. Audit telah dimulakan dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang melibatkan semua kakitangan dan pegawai di PPD. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan tidak banyak masalah berlaku. Semoga dengan proses audit ini dapat memantapkan lagi usaha PPD maran dalam pengurusan pelajaran.

Khamis, 17 Jun 2010

Blog Sekolah: Antara Keperluan dan Pendedahan

Semakin banyak sekolah di daerah Maran yang telah mempunyai laman bog sekolah sendiri. Ibarat cendawan tumbuh di musim hujan. Sudah ramai yang merasakan keperluannya yang memberi maklumat dan pencapaian di seluruh peringkat global. Banyak manfaat dan kebaikannya. Sekolah pula akan dikenali dan mudah untuk di buat pencarian di internet.
     Namun begitu, setiap 'blogger' pastinya perlu berhati-hati dan tidak melupakan sisi undang-undang dan peraturan supaya laman itu lebih bertanggungjawab dan memberi manfaat. Perkara yang tidak sihat dan tidak sesuai untuk tatapan umum, amat dilarang.
    Setiap blogger juga akan menguji daya kreativiti dan kekuatan blog masing-masing. Diharapkan semua sekolah di daerah Maran mempunyai laman blog atau web suatu hari nanti. Antara sekolah yang telah menunjukkan laman blog yang mantap ialah SK Ulu Jempol (skulujempul.blogspot.com), Pra Sekolah SK Jengka 11 (preschoolskj11.blogspot.com), SK RKTP Kg Awah (skrktpkgawah.blogspot.com) dan SK Jengka 12 (skj12.blogspot.com). Anda boleh layari laman blog ini melalui blog sekolah. Tahniah kepada semua..

Isnin, 14 Jun 2010

10 000 Guru J-Qaf diperlukan

ALOR SETAR 12 Jun — Kementerian Pelajaran merancang untuk menambah 10,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahan itu amat penting bagi menampung kekurangan guru J-Qaf di seluruh negara, yang kini hanya seramai 14,000 orang.

Katanya, pengambilan tenaga guru J-Qaf juga akan dipermudahkan dari semasa ke semasa tetapi syarat kelayakan mungkin akan diperketat dengan calon lepasan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajian dalam program pendidikan agama di institut pendidikan guru.

"Pada masa sama, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat kesesuaian masa sebelum membolehkan jawatan guru-guru agama dan J-Qaf diselaraskan mengikut standard terkini,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Guru-guru Agama Negeri Kedah, di sini hari ini.

Katanya, perkara itu penting bagi membolehkan program J-Qaf melahirkan lebih ramai pelajar aliran agama yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan pelan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang memberi penekanan kepada transformasi ke arah kecemerlangan. - Bernama


Utusan Malaysia Online: 12 Jun 2010

Jumaat, 11 Jun 2010

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2008

TARIKH : 21 DAN 25 JUN 2010
TEMPAT : BILIK GERAKAN, PPD MARAN.

DASAR KUALITI

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD Maran, berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan perkhidmatan utama dapat dilaksanakan dengan tepat dan cepat secara berterusan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan Falsafah Pendididkan Kebangsaan untuk keperluan pelanggan. Dasar ini akan dikemaskini dari masa ke semasa menerusi penyemakan objektif bagi memberi ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk tujuan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar ini akan disebar luaskan melalui saluran komunikasi yang ada kepada setiap warga organisasi untuk difahami dan dihayati.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami