Isnin, 6 Disember 2010

Jamuan Aidilfitri PPD Maran 2010

Program ini telah diadakan pada 9 Oktober 2010 di Kem Tengku Puan Pahang, Maran. Ianya merupakan program gabungan dan kerjasama daripada komuniti PPD Maran termasuklah pengurusan pejabat, MGB, Pengetua, dan semua sekolah menengah dan rendah daerah Maran. Fokus utama adalah untuk membentuk kerjasama dan perpaduan anatara keluarga PPD Maran di samping meraikan hari raya yang tiba.
Mantan PPD Maran, En Rosdi dan keluarga turut sama hadir di jamuan berkenaan.










Khamis, 2 Disember 2010

Skim Baucer Tuisyen (SBT) diberhentikan mulai 2011

SBT telah dimansuhkan. Mulai 2011, SBT tidak lagi diwujudkan. Ini selaras dengan kehendak KPM untuk memberikan ruang masa kepada para pelajar dan guru agar tidak dibebani dengan pelbagai aktiviti termasuklah P&P.

Isnin, 22 November 2010

RMT: Perlaksanaan 2011

RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:

- Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.

      Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
      Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/ Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sisitem eKASIH.
      Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
     Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Sabtu, 20 November 2010

Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Pahang 2010

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah  pada 8, 9 dan 10 Oktober 2010 yang lalu di Stadium Mini Bnadar Jengka, Pahang. Karnival ini anjuran bersama PDRM, Agensi Cegah Jenayah dan Jabatan Kerajaan.
    PPD Maran terlibat dalam menyediakan peserta pelajar dalam aktiviti Forum Perdana, Perasmian, Ceramah Cegah Jenayah dan Pameran Unit PPDa, PPD Maran. Terima kasih kepada para peserta, guru dan sekolah yang terlibat.
    Anda boleh mengikuti lagi (gambar-gambar karnival) di laman http://ppdamaran.blogspot.com/2010/10/karnival-nilai-murni-cegah-jenayah.html

Seminar Inovasi Matematik Dalam Pendidikan Daerah Maran 2010









Program ini telah dilaksanakan pada 3 November 2010 di UITM Jengka, Pahang. Ianya dihadiri oleh para guru seluruh daerah Maran. Perasmian penutup pula telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj Jali, AMP.,
       Antara pengisiannya ialah taklimat inovasi oleh En Shahril bin Othman (SK Serengkam, Maran) yang juga Guru Inovasi Pahang 2010 dan juga taklimat inovasi daripada PKG Pahang. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Gambar-gambar oleh PKG Daerah Maran

Kem Membaca 1 Malaysia




Tahniah kepada semua peserta dan PKG serta sekolah Daerah Maran yang terlibat dalam Kem Membaca 1 Malaysia yang di adakan pada 8 November 2010 di SMK Jengka Pusat. Program ini telah dicatatkan dalam Rekod Malaysia.

Jumaat, 19 November 2010

Isnin, 15 November 2010

UPSR 2010, Maran Cemerlang

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami