TARIKH : 8 JUN 2010
HARI : SELASA
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT ARAS 4, BANGUNAN PERSEKUTUAN , MARAN
Semua Pengetua sekolah Daerah Maran dijemput hadir.
Selasa, 6 Julai 2010
Khamis, 1 Julai 2010
Pendidikan prasekolah perlu alami anjakan: TPM
2010/07/01
KUALA LUMPUR: Pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan supaya kekal relevan dan menjadi pemangkin perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani yang berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, berdisiplin dan mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia. "Hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan dan aspek perkembangan kanak-kanak itu sendiri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini. Persidangan selama empat hari bertemakan "Menerokai Amalan Terbaik Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan" itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru prasekolah juga perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak serta tidak membosankan mereka untuk terus ke sekolah. "Peranan guru amat penting di sini, guru prasekolah adalah orang pertama yang mengajar anak-anak kita mengenal huruf dan numerasi, berkomunikasi dan bersosial secara formal. "Guru-guru prasekolah perlu mampu menyemai asas pendidikan yang kukuh bagi memastikan anak-anak kita akan terus berjaya dalam pendidikan," katanya.
Beliau berkata, sehingga akhir Mei, enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada 70.4 peratus daripada 67 peratus pada tahun sebelumnya. "Saya pasti dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak sasaran 72 peratus pada tahun 2010 akan mampu dicapai," katanya.
Beliau juga bangga kerana terdapat prasekolah yang sebelum ini enggan berdaftar dengan pihak kerajaan, telah mula menunjukkan minat untuk berdaftar dengan kerajaan. - BERNAMA
Berita Harian :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendidikanprasekolahperlualamianjakan_Muhyiddin/Article

Program Kecemerlangan SPM Anak-anak Yatim Daerah Maran
Satu program Kecemerlangan SPM bagi Anak-anak Yatim Daerah Maran 2010 akan diadakan mulai 2 Julai hingga 4 Julai 2010. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 daerah Maran dan merupakan anak yatim. Ianya dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran dan dengan kerjasama Yayasan Pahang, akan diadakan di SMK Jengka 2. Semoga kejayaan milik mereka yang berusaha.
TPM : Guru Bahasa Mandarin dan Tamil dperlukan segera..
PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengarahkan pengambilan segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya mereka dapat ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom bagi meningkatkan pengambilan bagi guru kedua-dua bahasa itu, dalam usaha untuk melaksanakan dasar Bahasa Ibunda Pelajar (POL) di semua sekolah-sekolah kebangsaan. “Tak ada silapnya dalam sistem pendidikan kita kerana semuanya ada di dalamnya. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, bagaimana cara kita hendak menyediakan guru bagi mengajar Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. “Sudah tentu ada sebabnya dalam keputusan awal kenapa kita mencadangkannya supaya tidak kira India atau Cina, pelajar itu perlu tahu bahasa ibunda mereka dan apabila mereka pergi ke sekolah kebangsaan, kita mengajar bahasa ibunda mereka. “Kita tidak perlu berdebat mengenai adanya sekolah Cina, Tamil dan kebangsaan, itu legasi dan boleh menimbulkan kekeliruan dan kita kena terima,” katanya.
Muhyiddin menjawab satu soalan semasa siri syarahan Perdana bertajuk “Peranan Pendidikan Dalam Pembangunan Kepimpinan” di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata usaha bagi mengisi kekosongan guru bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh singkat.
Beliau berkata ia bukan diwajibkan untuk melaksanakan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan tetapi bagi ibu bapa yang mendapat pendidikan dalam bahasa itu, mereka mungkin berasa lebih selesa untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan, yang mempunyai pengajaran berkualiti dalam kedua-dua bahasa itu.
Dasar POL itu dilancarkan pada 2006 bagi menjadikan sekolah-sekolah kerajaan lebih menarik kepada pelajar bukan Melayu dan memudahkan mereka untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perpaduan.
Setakat ini terdapat 373 guru mengajar Mandarin dan 163 Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan di bawah dasar POL. - Bernama
Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7889784.asp

Rabu, 30 Jun 2010
Hari Koperasi SMK Maran 2
30 JUN - SMK Maran 2 juga mengadakan hari koperasinya pada hari ini. Pelabagai acara juga turut diadakan seperti jualan gerai pelbagai makanan, pakaian, kraf, pameran Rakan COP PDRM, pameran pandu uji kereta, kaunter bank-bank, alatulis, buku-buku, Tabung Haji dan juga paling istimewa, perkhidmatan Urut Tradisional (tapak Kaki) oleh seorang OKU (buta). Di samping itu juga jualan lemang turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
Hari Koperasi SMK Maran
30 JUN- Hari Koperasi SMK Maran telah berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada hari ini.
Beberapa acara telah dijalankan seperti gerai jualan makanan, pakaian, alatan sekolah, buku, pemeriksaan kesihatan, demontrasi bomba, pameran kesenian, bank-bank dan agensi kerajaan juga turut mengambil bahagian. selain itu ada juga pertandingan seperti nasyid, gubahan, masakan dan sebagainya. Semoga acara sebegini diteruskan pada masa akan datang.
Isnin, 28 Jun 2010
ALAMAT WEB/BLOG SEKOLAH
PPD Maran sedang mengemaskini data Laman web dan blog sekolah-sekolah daerah Maran. Oleh yang demikian, sila hantar alamat web/blog sekolah ke PPD Maran menggunakan email En Mohd Jasmi bin Jaafar ( email : mohdjasmi_ppdmaran@yahoo.com.my). Alamat web dan blog sekolah akan dipaparkan ke dalam blog PPD Maran ini.
Langgan:
Catatan (Atom)