Isnin, 17 Mei 2010
Tahniah kepada Cikgu Shahril
Tahniah kerana dinobatkan Johan Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan (Matematik) pada Sambutan Hari guru yang lalu.
Khamis, 13 Mei 2010
Najib Tanda Tangan Kad Ucapan Hari Guru
Datuk Seri Najib Menandatangani Kad Hari Guru 2010
PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menandatangani kad ucapan Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Ahad ini, di pejabatnya di sini.
Turut menandatangani kad itu ialah timbalannya yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet yang lain pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat mingguan Kabinet bermula.
Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet kepada khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.
Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas dengan mengucapkan "Selamat Hari Guru, cikgu...".
Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang
Selasa, 11 Mei 2010
Program Berakit - SK Pesagi Persinggahan Peserta XPDC
Peserta berakit yang menghilir Sungai Pahang akan singgah ke Kg Pesagi pada 12 Mei 2010. Mereka akan bermalam di SK Pesagi. Bersamalah memeriahkan acara di Kg Pesagi.
Langgan:
Catatan (Atom)





