Jumaat, 29 Oktober 2010

Karnival PSKPP Daerah Maran 2010

Mesyuarat Jawatankuasa PSKPP Daerah Maran pada 21 Oktober 2010, telah memutuskan bahawa satu Karnival PSKPP Maran yang akan diadakan pada ketetapan berikut;
     Tarikh    : 13 November 2010
     Masa     : 8.00 pagi
     Tempat  : SK Desa Jaya dan SMK Desa Jaya
     Pengelola : Zon Jempul

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili PSKPP Maran ke Peringkat negeri Pahang. Semua ahli PSKPP Maran dijemput hadir. Antara permainan yang diadakan ialah;
  1. Bola sepak Veteren dan Senior
  2. Bola Jaring Veteren dan Senior
  3. Sepak Takraw Veteren dan Senior 
  4. Badminton Veteren dan Senior  (Lelaki & Perempuan)
  5. Ping Pong  (Lelaki & Perempuan)
  6. Woodball  (Lelaki & Perempuan)
  7. Bola Tampar   (lelaki)
  8. Tenis    (lelaki)
  9. Jogathon      (Lelaki & Perempuan) 
"Selamat Bersukan"

Terima Kasih Di Atas Pembayaran Yuran PSKPP Daerah Maran 2010

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah yang telah berjaya menjelaskan pembayaran yuran PSKPP Maran pada tahun ini.

Kursus Pengurusan Jenazah untuk Guru Pendidikan Islam Daerah Maran

Kursus ini akan diadakan pada 3 November 2010, bermula jam 8.00 pagi di Pejabat Pelajaran Daerah Maran. Kursus ini akan dijalankan di Tingkat 4, Wisma Persekutuan Daerah Maran dan dihadiri oleh guru-guru pendidikan Islam seluruh Daerah Maran.
    Matlamat program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para guru dan pegawai tentang pengurusan jenazah yang betul dan tertib. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Rabu, 13 Oktober 2010

Jumaat, 1 Oktober 2010

Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 (Daerah Maran)

Pertandingan Lagu Patriotik dijalankan pada jam 9.00 pagi, hari Sabtu , 2Oktober 2010. Pertandingan ini diasingkan mengikut 2 kategori iaitu Sekolah Rendah dan Kategori Terbuka.
     Pada sebelah malamnya, diadakan Majlis Bacaan Puisi. Acara ini melibatkan persembahan bacaan puisi oleh Penyair terkenal negara kita. Antaranya ialah saudara Sani Sudin (KOPRATASA), Roslan Madun, Sutung Umar R.S, S.M Zakir dan Rahimidin Zahari. Para jempuatan juga dijemput untuk membaca puisi.

Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia

Program ini diadakan di Dewan Jubli Perak, Daerah Maran, pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), jam 9.45 pagi. Hampir 400 oarang pelajar dari Daerah Maran akan terlibat dalam program ini.

Program Juara Rakyat Majlis Aidifitri bersama Warga Pendidik

Majlis ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Maran dengan kehadiran hampir dua ribu orang warga pendidikan. Bersama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi UMNO Bahagian Maran, Ahli Parlimen Maran, Pegawai JASA, Pegawai Daerah Maran dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
    Selain ucapan dan taklimat, para jemputan juga dihiburkan dengan persembahan pancaragam muzik yang terdiri daripada beberapa orang guru. Sambil menikmati jamuan hari raya, ianya menjadi pertemuan anata guru di daerah ini.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami