Selasa, 20 Julai 2010

Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 (Mesyuarat Penyelarasan)

Mesyuarat penyelarasan Program Kembara Buku 2010 telah diadakan di PPD Maran pada 20 Julai 2010. Mesyuarat ini dihadiri Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Maran, para pegawai PPD Maran, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah dan Zon, serta wakil daripada PKG Daerah Maran.
       Perjumpaan ini diadakan bagi menyelaraskan perlaksanaan Kembara Buku di Peringkat Daerah Maran. Semua sekolah dikehendaki menyuburkan kembali perlaksanaan Kembara Buku yang telah dijalankan sejak 2008 lagi. Satu majlis pelancaran Program Kembara Buku akan dilaksanakan pada:

Tarikh : 30 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tempat : SK Bukit Tajau, Maran, 

        Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En Yahya Zainal Abidin dijangka akan hadir merasmikannya. Beberapa sekolah dari setiap daerah di Pahang dijangka turut serta melihat perlaksanaan Kembara Buku. PIBG juga dilibatkan bagi memberi kesan kepada perlaksanaan Kembara Buku ini.
       Sebagai daerah yang telah melaksanakan Kembara Buku ini (based programme), seharusnya kita berasa bangga kerana program ini cuba dilaksanakan di seluruh negeri Pahang dan Maran menjadi perintisnya. Diharapkan usaha Timbalan Pengarah untuk melihat budaya membaca di kalangan para pelajar meningkat, tercapai dan terbukti.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami