Jumaat, 9 Julai 2010

Pertandingan 'Wood Ball' bersama Pengarah Pelajaran Pahang dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang


Pertandingan ini dilaksanakan sempena kunjungan Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang ke Daerah Maran pada 8 Julai 2010. Ia juga merupakan aktiviti terakhir Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar yang akan bersara mulai 10 Julai 2010.Ianya turut disertai oleh Ketua-ketua Sektor Jabatan Pelajaran Pahang, Ketua Pengarah BTPN Pahang, pegawai-pegawai PPD Maran, pengetua dan guru besar Daerah Maran.
        Pertandingan bermula jam 5.30 petang dan tamat hampir jam 7.00 petang. Sebanyak 12 'gelanggang' yang telah dipertandingan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh En Jaafar Idris (KS PK), Naib Johan En Zainurein  (KS Pengurusan Sekolah), Ketiga YH Dato' HJ Abdul Aziz, (PPP)  dan tempat keempat jatuh kepada Tn Hj Abdul Hamid (TPPP). tahniah diucapkan. Semoga ikatan kerja yang mesra dan ceria ini terus berkekalan.

Tempat keempat
Kereta antik En Ramli (KU SPK Maran) menyerikan kejohanan. Bukan hadiah utama..
berlatarbelakangkan Wisma Persekutuan Maran
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, En Jaafar antara jaguh 'wood ball'
Tuan Hj Abd. Hamid menunjukkan skil terbaiknya.
Dato' Pengarah juga tidak kurang hebatnya.
Bergambar selepas tamat kejohanan
Antara orang kuat JPN turut serta
Cikgu Yahya juga turut mempamerkan bakatnya
Staf PPD Maran 'pingitan' turut sama. Johan pukulan terbanyak
YH Dato' Abdul Aziz, PPP mendapat tempat ke tiga.

KS Pengurusan Akademik mendapat Naib Johan Pert. 'wood ball'.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami