Selasa, 13 Julai 2010

Penyerahan KWAPM DUN Luit , DUN Jengka dan DUN Chenor

Penyerahan duit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi DUN Luit akan disampaikan pada hari Jumaat 16 Julai 2010 di Dewan Tasik Maran pada jam 3.00 petang. Penyerahan ini akan dilakukan oleh YB Dato' Haji Ahmad Munawar bin Haji Abdul Jalil, ADUN Luit.
           Seramai 509 orang pelajar dijangka akan menerima duit bantuan tersebut yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM101,800 akan diagihkan.  Bagi sekolah yang berada dalam DUN Kuala Sentul dan DUN Pulau Tawar, pengagihan telahpun dibuat pada 6 Julai yang lalu di mana membabitkan bantuan sebanyak RM 138,000 iaitu seramai 690 orang pelajar.
           Bagi DUN Chenor, penyerahan KWAPM akan dilakukan oleh YB Dato' Haji Tan Aminuddin bin Haji Ishak, ADUN Chenor di Dewan SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor, 2.30 petang. Seramai 645 orang pelajar melibatkan RM 128,600 peruntukan.
           Bagi DUN Jengka pula, penyerahan akan dilaksanakan pada hari Khamis, 15 Julai 2010 di SK Bandar Pusat , jam 2.00 petang oleh ADUN Jengka. En Abdul Sani bin Razali, Penyelia HEM PPD Maran telah memaklumkan bahawa penyerahan KWAPM ini bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar yang dikategorikan memerlukan bantuan untuk peningkatan akademik mereka.
           Penyerahan KWAPM bagi pelajar Tahun 1 dan Tingkatan1, akan diserahkan melalui Ahli Parlimen Maran. Tarikh perlaksanaannya akan dimaklumkan kemudian.
           Selain KWAPM, program e-kasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telahpun disalur beberapa bulan yang lalu bagi meringankan beban keluarga pelajar untuk digunakan bagi persekolahan. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam memastikan kebajikan pelajar-pelajar terus terjamin dan dapat memberi ransangan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti dan prestasi akademik.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami