Isnin, 19 Julai 2010

Lawatan Kerja Pertama Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang ke Maran

En Yahya Zainal Abidin telah berkunjung ke PPD Maran pada hari Isnin 19/7/2010, 8.30 pagi. Lawatan kerja beliau bertujuan untuk beramah mesra dan berbincang berkenaan hala tuju kepimpinan beliau terutama berkenaan Program Kembara Buku. Dalam sesi perjumpaan dengan para pegawai PPD Maran, beliau menyatakan harapan besar kepada Daerah Maran untuk melaksanakan program rintis beliau iaitu Kembara Buku. Sebagai Mantan PPD Maran, yang pernah memimpin PPD Maran, kenaikan pangkat/jawatan beliau ke Timbalan Pengarah Pelajaran Maran amatlah dihargai dan disyukuri oleh warga Pendidikan Daerah Maran. Sebagai orang Maran, beliau begitu mesra dan disukai oleh pegawai, kakitangan dan guru malah beliau adalah antara tokoh yang dekat di hati warga pendidikan Maran.
       Sebagai seorang yang berkarisma dan berpandangan jauh, tentunya idea, pandangan dan gaya kepimpinan beliau amat dinanti oleh seluruh warga Pahang. Walau ke mana beliau pergi, perihal ilmu dan buku tidak dapat dipisahkan daripada beliau. Sebagai seorang yang banyak menulis buku dan menjadikan pembacaan buku sebagai hobi dan gaya hidupnya, sudah semestinya idea dan pandangan beliau amat diharapkan untuk menghidupkan budaya membaca di kalangan seluruh masyarakat pada hari ini.
         PPD Maran akan memantau perlaksanaan Kembara Buku di setiap sekolah dan program NILAM juga perlulah dipertingkatkan.

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami