Rabu, 23 Jun 2010

Jemaah Umrah (melibatkan guru dari Maran) Terkandas di Makkah, Arab Saudi.

Satu surat daripada Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah, Arab Saudi telah diterima memaklumkan bahawa 6 orang guru yang mengikuti rombongan Umrah ke Makkah telah kehilangan pasport mereka. Mereka sebilangan daripada 43 orang jemaah yang kehilangan pasport di Makkah.
   Jemaah Umrah dari Al Fajr Travel and  Tours sepatutnya berlepas pulang ke Malaysia pada hari Selasa, 15 Jun 2010 dengan penerbangan 'Pakistan Airlines' tetapi dukacitanya pada hari tersebut baru diketahui bahawa pasport mereka hilang. Sehubungan dengan itu, pihak konsulat telah mengeluarkan Sijil Kecemasan dan mendapatkan 'exit visa' bagi membolehkan mereka balik dengan kadar segera tetapi gagal kerana semua penerbangan ke Kuala Lumpur telah penuh ditempah oleh pelancong yang akan ke Malaysia.
   Pihak Al-Fajr telah memaklumkan bahawa jemaah yang terkandas ini akan hanya dapat balik ke Malaysia dengan Penerbangan Pakistan pada hari Rabu, 23 Jun 2010 (Jeddah/Karachi/Kuala Lumpur) dan dijangka tiba di Malaysia pada hari Jumaat, 25 Jun 2010.
    Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dari daerah Maran yang terlibat ialah;
  1. Mohd Hamzah bin Zulkifly (SMK Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Maran)
  2. Siti Suriani bt Othman ( SMK Jengka 6,Maran)
  3. Mohd Sukri b Umar Baki @ Abd Hamid (SK Sentosa, Maran)
  4. Norafidah binti Mohd Resedi  (SK Maran,)
  5. Roshana binti Mohamed ( SK RKTP Kg Awah, Maran)
  6. Zaleha binti Zulkifly (SK RKTP Kg Awah, Maran)

Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami