Selasa, 27 April 2010

Juara Rakyat :Anugerah Pelajar Dan Sekolah Cemerlang Daerah Maran 2009

Program ini dilaksanakan pada 27 dan 28 April 2010 (Selasa dan Rabu). Seperti juga Program Juara Rakyat DUN-DUN terlibat, program kali ini juga menghimpunkan semua agensi, badan dan jabatan Kerajaan dalam mendekati rakyat.

           Kali ini, PPD Maran di pertanggungjawabkan untuk menguruskan Program Anugerah Pelajar Cemerlang. Selain itu ada juga pameran bagi setiap agensi. Program ini akan diadakan di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah, Maran.

           Program Anugerah Cemerlang akan melibatkan anugerah kepada pelajar cemerlang PMR, SPM, dan STP 2009. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada 18 buah sekolah menengah. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang lalu. Tahniah juga kepada guru-guru yang banyak menyumbang kejayaan buat pelajar.


Welcome

Makluman

Terima Kasih kerana bersama kami